Friday, March 2, 2012

03 03 2012....Happy Birthday My Little Atiah


Alhamdulillah....03 03 2012 merupakan ulangtahun kelahiran my last product, Nurul Atiah yang ke 4 tahun...semoga atiah menjadi anak yang solehah dunia akhirat..., sentiasa mentaati perintah Allah, semoga berjaya di dunia dan akhirat ya sayang....dari mak abah, kakak ain, abang mirul dan kakak asyikin.


Tidak ada birthday celebration untuk atiah sebab kakak ain dan abang mirul kena kerja luar (out station), tunggu kedua-dua balik baru kita celebrate ya...





Kurma Telur

Salam Jumaat semua....esok dah Sabtu ya...pastu Ahad...dan seterusnya Isnin kembali.....insyaallah semoga diberi lagi peluang untuk bernafas di dunia ini....


Ok, kali ini nak kongsi lagi resepi dari dapurku sayang, iaitu Kurma Telur di mana cara penyediaan bahan-bahan asasnya berbeza sekali dengan kurma telur yang biasa kak ham buat. Sedap tau...mungkin kalau nak gantikan dengan ayam pun boleh juga kan DJ...kebanyakan resepi-resepi dari dapurku sayang bahan-bahan penyediaannya amat mudah didapati di dapur kita semua. Tqvm my dear dapurku sayang...


Kak ham copy&paste resepi Kurma Telur dari dapurku sayang/kurma telur

Bahan-bahan :
  • 6 biji telur rebus (dibuang kulitnya)
  • 4 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 cm halia (ditumbuk)
  • 2 sudu besar serbuk kurma
  • 1 sudu kecil serbuk cili (kak ham blend cili masak + cili kering)
  • sedikit santan atau susu cair
  • garam dan sedikit gula
  • 1 sudu makan puri tomato/sos tomato
  • 1 labu bawang besar (dipotong 4)
  • sedikit hirisan tomato (jika suka)
  • sedikit kacang peas (jika suka)
  • rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, pelaga dan bunga lawang)- jika suka
Cara-cara :
  1. Serbuk kurma, serbuk cili dan tomato puri dibancuh bersama sedikit air untuk dijadikan pes. Ketepikan.
  2. Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali/periuk. Tumis bahan-bahan tumbuk dan rempah 4 sekawan hingga wangi. Kemudiankan masukkan pes kurma tadi. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sedikit air dan diikuti santan/susu cair. Masak hingga mendidih.
  4. Kemudian masukkan garam, gula, bawang besar dan tomato. Bila kuahnya sudah pekat, barulah dimasukkan telur. Sebatikan. Tutupkan api. Taburkan kacang peas semasa menghidang. 
Selamat mencuba ya....hok ini izahdaut tak yah search kat tenet ya.....izahdaut jgn maraaaahhh aaaa.....


Thursday, March 1, 2012

Grilled Salmon with Black Pepper Sos

As salam di tenghari Khamis.........semoga panas sampai ke petang....insyaallah..

Nak cite begitu nikmat bila dapat memenuhi menu yang sememangnya dah lamaaaaaaaaa sangat nak dicuba....hihiiii.....alhamdulillah...akhirnya terlaksana jugak....berebut-rebut kami empat beranak menjamu selera dengan menu ini. Anak-anak pun suka rupanya. Insyaallah akan diulang lagi menu ini. Bila????


Grilled Salmon with Black Pepper Sos ni dah lama kak ham buat, cuma belum ditayang di blog ni...kena ikut giliran le....asyik-asyik kek je yang ditayang....

Resepi Grilled Salmon with Black Pepper ni boleh cari di internet je kan...semuanya dihujung jari..klik je...
There was an error in this gadget