Wednesday, February 29, 2012

Tuesday, February 28, 2012

Black Beauty Chocolate Cake...Againnnnn

Salam di petang Selasa yang sejuk disebabkan hujan di luar sana.....hilang penat menyapu habuk-habuk di rumah maya yang tidak diendahkan selama hampir dua minggu.......lunch tadi  pekena nasi goreng with telo mata...tea o panas satu mug....curi masa santai sekejap untuk update blog...

Meh kita layan Black Beauty Chocolate Cake yang dipesan oleh adik ipar kak ham untuk sambutan birthday dia dengan anak-anaknya di kampung suaminya....dia mintak kak ham buatkan kek ini sebanyak tiga biji sebab family sebelah suaminya ramai.

Decoration simple je..


Alhamdulillah...respon dari adik ipar serta ipar duai dia....kak long sedap sangat kek ni....nti kami nak order lagi ya....insyaallah...tp kena bagi tau awal skit ya...al maklumlan akak ko ni bukan pro...;)

Thursday, February 16, 2012

Mood Ting Tong....:(

As salam....mood ting tong di hari Khamis....bukan sebab banyak kerja...xde apa2pun...cuma hati ni semacam je pulak....kenapaaaaaaaaaaa yaa?

Ya ALLAH Ya TUHANKU kembalikan mood keceriaanku seperti sediakala.....apakah hikmah disebaliknya....puas sudah memujuk hati ini agar jangan melayan emosi yang terlalu sedih ini.....

Take care semuaaaaaaaaaa....

Thursday, February 9, 2012

Moist Orange Mocha Brownies

As salam di pagi Khamis....waaaaaaa pagi ni kak ham tayang gambar Moist Orange Mocha Brownies di mana resepinya kak ham copy dari blog adikku maz ilhamdapur.blogspot.com yang sekarang dah pindah balik ke Bahrain..ke dah balik Malaysia...sebab dah lama tak menghubungi beliau...

Moist Orange Mocha Brownies ni kak ham buatkan untuk tiga orang sahabat yang kak ham ...sorg tu mak neng aka kak intan jariintanku.blogspot.com, kemudian untuk dua orang kawan lama di mana sorg tu untuk makan-makan sempena birthday dia (KK), manakala seorang lagi tu untuk makan-makan sempena wedding anniversary dia (ayoi dan rozie).

Kepada maz ilhamdapur.blogspot.com, kak ham ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi berkongsi resepi, dan disini izikan kak ham copy&paste resepi Moist Orange Mocha Brownies untuk simpanan kak ham ya...

Resepi asal : Kak liza hanieliza.blogspot.com

Moist Orange Mocha Brownies
Bahan-bahan
Bahan A
  • 1 cawan butter cair - maz guna minyak masak canoli (kak ham guna daisy corn oil)
  • 1 cawan susu cair
  • 2 cawan gula perang
  • 1 cawan air panas
  • 1/2-1 sudu kecil nescafe - bancuh dengan air panas diatas - ni maz tambah sendiri (kak ham follow)
  • 2-3 sudu besar sunquick orange - ni maz tambah sendiri (kak ham follow)

Bahan B (kacau rata) - maz guna wisk
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 biji telur gred B

Bahan C [ayakkan]
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
Cara-cara :

1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
2. Kacau bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B dan kacau rata.
4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
6. Bakar selama 45 - 50 minit. -
7. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.

Chocolate Topping
  • 250 gm coklat masakan
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu kecil susu cair
Cara-cara untuk topping

1. Panaskan coklat dalam periuk/bekas secara double boil.
2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan



Wednesday, February 8, 2012

Wednesday : Smart Day and English Day

As salam....selamat petang....hari ini agak lewat mengupdate blog....biasalahkan bila dah cuti empat hari...banyak perkara yang diperlu diselesaikan....biji mata pun macam nak tercabut dibuatnya.....

Sumber : Internet

N3 hari Rabu, procedure pejabat kak ham ini, setiap hari Rabu  kami dimestikan berbahasa Inggeris walaupun sesama rakan sepejabat. Juga setiap kami mesti berpakaian 'smart' kerana ini adalah juga  point prestasi dalam KPI.
Sumber : Internet

Dari segi berbahasa Inggeris perbualan antara sesama kami, kadang-kadang ada juga yang tersasul bercakap dalam bahasa Malaysia, kelakar jadinya. 

Apa kaitan gambar dengan n3 hari ini ya....

PSST : Pesanan penaja.........jgn lupa memakai tali pinggang keledaaarrrrrrrr...jgn ciluk menciluukkkk...


Friday, February 3, 2012

Kek Pisang Gebu

As salam di pagi Jumaat yang mulia ini....n3 pagi ini kak ham nak kongsikan betapa sedapnya Kek Pisang Gebu ini, hasil dari mengendap kat blog wanita jelita dari bumi Sarawak ini ... http://dayangjack.blogspot.com/2011/06/kek-pisang-gebu.html ....


Jutaan terima kasih di atas sumbangan resepi-resepi dari Dj ya...banyak yang dah kak ham cuba dan hasilnya walaaaaaaaaa....banyak lagi gambar-gambar menunggu time untuk dimasukkan ke blog.....sabar tau gambar-gambar sekelian....


Dj..kak ham mohon izin copy & paste ya....I follow exactly 100%...thumbs up....


Kek Pisang Gebu
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 2 cawan  tepung gandum (DJ guna 1 3/4 cawan tepung dan 1/4 cawan horlicks)
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 cawan pisang yang sudah dilecek
  • 1/2 sudu besar ovalette
  • 1/4 cawan susu cair atau susu segar
  • 4 biji telur gred B
  • 1 cawan gula kastor (-/+)
  • 1 sudu kecil esen vanilla atau esen pisang
  • 100 ml minyak jagung atau mentega cair
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160-170C atau ikut suhu oven masing-masing. Griskan loyang kek dengan mentega.
  2. Dalam bekas/mangkuk yang agak besar, satukan kesemua bahan di atas KECUALI pisang dan minyak jagung/mentega cair. Putar adunan pada kelajuan minima selama 1 minit dan kemudian putar lagi pada kelajuan maksimum sehingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan pisang yang sudah dilecek tadi dan putar perlahan hingga sebati.
  4. Akhir sekali tuangkan minyak jagung/mentega cair dan kacau perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu atau spatula.
  5. Apabila sudah sebati, tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan bakarlah selama 45-50 minit atau hingga masak keperangan. 
  6. Setelah masak, sejukkan kek sebelum dipotong.
Psssttt....wa tak tipu punya...ini kek manyak sidapp wo...sebab itu horlicks punya rasa....wallaaaaaaaaaaa

Budak kecik ini pun cakap...sedapnya kek pisang ni...

Thursday, February 2, 2012

3 Rasa dan 3 Suara

As salam di petang Khamis.....peewwwwwww....merehatkan minda sekejap dari memandang kerja-kerja di atas meja ni... 

Apa itu 3 rasa  dan 3 suara.....adakah untuk lagu Beribu Sesalan...ooo tidak....bukan....tapi untuk 3 suara anak daras
N3 petang ini adalah menu dinner malam tadi.....Siakap Tiga Rasa untuk hidangan kami sekeluarga.....memang sedap...yesssss tak tipu punya....diakui memang teramat sedap....resepi kak ham ambil dari blog www.kakinakl.com . Terima kasih juga kepada penyumbang resepi Siakap Tiga Rasa ini. 

Ada juga beberapa bahan tidak mencukupi hanya bahan tumis dan bahan sos saja ada stok di rumah.
  • Berbaloi-baloi wpun tiba ke rumah dah lewat tapi ku teruskan jua niat dihati untuk mencuba Siakap 3 Rasa ini 

Siakap Tiga Rasa berposing di atas dapur je....

Pssssttt...kak ham sempat bw je...tp tak tinggal komen tau...minta maaf ya...nti kak ham bw lagi dan tinggalkan komen serta akan membalas komen anda semua ya..
There was an error in this gadget