Monday, January 30, 2012

AJL26

As salam....semoga semua ceria di pagi Isnin ini....just a short story for this entry....masa mengejar kak ham sekarang ni....

Semalam kak ham pergi menonton AJL26 secara live di Stadium Putra Bukit Jalil bersama-sama dua orang my anak dara.....best sangat....semua penonton very-very sporting.....even all singers give their best performance all out. Menang atau kalah belakang cerita, yang penting semua terhibur dan sangat berpuas hati.

Hostnya adalah gandingan Faizal Ismail dan Cheryl Samad....kelakar mereka berdua ni.

Persembahan malam tadi dimulakan oleh Jamal Abdillah, kemudian Awie selepas itu Dato' Sheila Majid. 

sumber: picsday.co.cc
Alia memenangi Persembahan Terbaik...mmg terbaik wok
sumber: facebook.com
Hafiz AF7.....Vokal Terbaik dan Lagu Terbaik
sumber: hmetro.com.my
Tiga Suara...tempat ke2...suara mmg super power..best..
Faizal Tahir....Karma...tempat ke3...ini pun best...

Selepas semua penyanyi AJL26 membuat persembahan, penonton dihiburkan dengan lagu-lagu Allahyarham Sudirman Hj Arshad, di mana lagu-lagunya dinyanyikan oleh Black, Hazam dan Azlan The Typewriter dan penonton semua bersama-sama menyanyi...memang sporting belaka....bestttttttttt...

Thank you so much to penerbit JL26 Huda Khalid, next year ada rezeki hulurlah tiket ya...

psssttt....bila kak ham free nanti kak ham bw dan reply semua komen ya.....take care semua...

Friday, January 27, 2012

Gulai Sardin Je

As salam di pagi Jumaat yang indah..nyaman....seceria sang suria di luar sana..eceeceehhhhhh.....kita  kena ceria selalu....buang kesedihan dihati tu jauh-jauh.....biar kedukaan kita hanya ALLAH sahaja yang tahu...kerana kedukaan itu rahsia kita......eceeeceehhhhhhh....

Bestnya pergi kerja tiga hari ni....sebab tidak ada langsung gangguan lalulintas seperti sebelum-sebelum ni.....hanya dalam 25 minit dari ke rumah ke tempat kerja......masa balik dari tempat kerja ke rumah pun begitu...alhamdulillah...
Gulai Sardin

Ok lah, nak kongsi menu kak ham....entah minggu bila entah....masak simple....Gulai Sardin je..

Bahan-bahannya:

Sardin Cap Ayam (Tin Besar, buangkan sosnya)
15 tangkai cili api (nak pedas lebihkan)
2 inci kunyit hidup
2 batang serai
Ubi Kentang (belah empat)
Santan (nak pekat lebihkan santan)
garam dan gula (sikit je)

Cara masaknya sama je mcm masak gulai lain.
Tumbuk atau blender cili api dan kunyit hidup dan juga serai yang diketuk, kemudian rebuskan sekejap bahan-bahan tumber/blender tadi dalam 5-10 minit, kemudian baru masukkan ubi kentang dan separuh dari santan hingga ubi kentang empuk. Kacau selalu ya takut santan pecah.

Setelah itu baru masukkan ikan sardin sahaja dan santan selebihnya sambil dikacau dan perasakan garam dan gula.

Klu agak-agak lapar lagi buatlah jemput2 cicah ngan kuah gulai sardin....

Thursday, January 26, 2012

Suria KLCC

Salam di petang Khamis...terajin sampai dua n3 hari ni ko.....pssstt line clear..boss2 dah keluar pegi meeting...so apalagi...kita enjoy...enjoy la sangat...kejo menimbun tu bila nak siap...jawab Puan Hamsiah....tersengih-sengih...tersenyum-senyum depan pc....amboiiiiiiiii.......

Ini ha kisah jalan-jalan di Suria KLCC hari Isnin lepas....menyukat jalan...menyukat sopping komplek...setiap kedai di sukat...belinya nan adooo....lalulintas di jalan-jalan utama di KL tidak la azabedah pun..jalan semua clear..cantik...nak parking pun senang...pilih je..


Gambar-gambat di atas semasa di dalam kereta.....






Menjamu selera di Food Court, KLCC
Menuju masuk ke Isetan....






Sekian dulu pertunjukkan saya....terima kasih...tadaaaaaaaaaaaaaa

Black Beauty Chocolate Cake

As salam di hari Khamis....dan esok sudah Jumaat insyaallah...jika dizinkan untuk bernafas lagi....

Meh kita layan gambar Black Beauty Chocolate Cake ni.....buat masa cuti baru-baru ni..saja tangan ni menggatal nak mencubanya.....memang sedap sangat....
Black Beauty Chocolate Cake tanpa solekan tebal hanya dicurahkan ganache je

Resepi kek ni kak ham ambil dari blog toke mapin izahdaut.blogspot.com.....terima kasih izah..so pada yang ingin mencuba memang sangat-sangat direkomenkan. Bahan-bahannya amat mudah, cuma kak ham tambahkan sesudu teh serbuk nescafe dalam adunan kek ini ya.


v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
lihatlah dunia.....

Wednesday, January 25, 2012

Cuti-Cuti Ku.....Pak Belang vs Anak Belang

As salam di pagi Rabu...eehhh Isnin...eehhh Rabu la...alamak terlupa sebab cuti lama sangat.....

Sempena cuti empat hari yang lepas, kak ham tak balik kampung, hanya cuti-cuti di Kuala Lumpur je...peeehhhhhh Sabtu, Ahad, Isnin dan Selasa...hari-hari keluar jenjalan...cuci-cuci mata...jenuh menyukat jalan sambil menyukat bangunan. 

Nanti-nantilah kak ham ceritakan cuti-cuti di Kuala Lumpur ya... seronok sebab jalan xjem langsung...mengambil masa hanya dalam 20 minit dari rumah kak ham...klu hari-hari macam ni bestnya...Sabtu dan Ahad akan datang ni pun sibuk...ada undangan.

Pak Belang vs Anak Belang


Friday, January 20, 2012

STBC v Paprik Ayam

Salam di petang hari Jumaat untuk anda semua yang berkunjung rumah maya kak ham ini. 

Terima kasih di atas kunjungan anda semua, terharu rasanya tidak terkata, sambil kesat air mata dengan lengan baju...

Esok Sabtu, lusa Ahad dan tulat Isnin adalah hari perayaan Tahun Baru Cina dan Selasa juga cuti kerana perayaan ini (tahun ini tahun naga), kak ham ingin mengucapkan Gong Xi Fa Chai kepada semua kaum berbangsa Cina di mana juga anda berada.

Gambar ehsan dari www.chinalights.com

Marilah kita layan Paprik Ayam, menu kak ham sekeluarga malam tadi....resepi copy&paste dari HaNa's Family dan resepi asalnya Makyong@myresepi.com. Terima kasih kedua-dua penyumbang resepi ini.

Bahan-bahan
  • ½ ekor ayam - dipotong kecil2
  • 2 ulas bwg putih - ditumbuk
  • 1 labu bwg besar - dimayang
  • 2 btg serai - dititik
  • beberapa helai daun limau purut
  • 2 biji buah tomato - dipotong 4
  • 5 biji cili padi - ditumbuk
  • bunga kobis, kacang buncis dan karot 
  • sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
  • bahan2 perasa
Cara-cara
  1. Goreng ayam separuh masak. Pastu ketepikan.
  2. Tumiskan  bawang putih dan halia dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
  4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

 Paprik Ayam (tp ayamnya xnampak, sayur je yang beraksi...seksi

Selawat Syifa

Salam di pagi Jumaat......untuk perkongsian bersama dan menjadi amalan setiap masa.....
Allahumma salli ‘ala Sayyidina Muhammadin,
tibbil qulubi wa dawaaâ iha,
wa `afiyatil abdaani wa shifaaâ iha,
wa nuril absari wa diyaâ iha,
wa `ala Aalihi wa Sahbihi wa Barik’ wa Sallim
TERJEMAHAN:
Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda

Thursday, January 19, 2012

Kisah Hari Ahad

Selamat petang.....dah minum petang ke? makan kuih apa petang ni? Kak ham minum susu soya segera (Super Soy Milk) sementara tggu petang untuk dinner pulak. Nak diet tapi 3 layers spare part kat perut ni...kusssss semangat....hancurrrr diet....

Ok kita sambung kisah deraan di hari Ahad pulak ya. Hari Ahad (14 Januari 2012) untuk lunch kak ham wat mee rebus je, ingat petang-petang tu nanti nak buat nasi ayam. Tapi dalam pukul dua petang, tiba-tiba si kakak ain tanya nasi pulak. Kak ham tanya dia boleh tak lepas asar nanti kita masak nasi ayam, tapi kakak ain tak sabar dah. Lepas je asar dia ajak kak ham dan adik2nya pergi Jusco Cheras Selatan dan semua kos dia tanggung. Apalagi kita orang on je....tambah-tambah si kenit atiah tu..ayat atiah....saya suka pergi Jusco....senyum dengan senang hati....

Sampai je Jusco, terus kakak ain masuk kedai-kedai kasut dan terbekenan kasut kat Kedai Kasut Step, memang memenuhi citarasa kita orang la....dapatlah kakak ain dan kakak asyikin kasut sorang sepasang ditanggung sepenuhnya oleh kakak ain. 

Kemudian cari pulak tempat makan, terus terbekanan makanan kat Orchid Bistro. Sambil-sambil tunggu makanan sampai, kak ham pulak pegi ke Pasaraya Jusco kat La Boheme tu ada pulak Egg Tart @RM1.00 satu...rembat 5 ketui dan 3 giant sosej @RM10.00, terus bayar guna Voucher Jusco....selamat lagi my cash money...alhamdulillah rezeki dari Allah swt. (nti kak ham cite kisah voucher Jusco digunakan kat Jusco Mid Valley pulak angkara kena paw lagi dengan si atiah).
ammmmm...saya suka jagung...

So mari kita tengok antara makanan kami masa makan kat Orchid Bistro. Menu kak ham dengan menu atiah je yang sempat beraksi, yang dua orang tak sempat dah, yang kak ham ingat nasi goreng tom yam.


 Ini atiah punya...

Ini kak ham punya, tapi berkongsi dengan dua lagi anak dara tu, Fried Chicken Chop

Semua pembayaran disettlekan oleh kakak ain. Alhamdulillah kenyang, ...sebelum pulang masuk Jusco belek-belek je, tak beli pun. 

Oren Blended Cake


 Permukaannya kita kasi bedak sikit (tabur icing sugar)

Yang ini ala2 muffin gitu....make up dgn coklat chips

Dah selalu sangat kak ham buat kek senang ni....makan ketika suam-suam tu..wallaaaa...resepi asal kak fida (myr) tapi kak ham ciluk resepi ini dari blog adik cantik jelita sariyusa.blogspot.com (klu kat FB Permata Sari Yusa). Terima kasih kepada kedua-dua berkongsi resepi ini.

Hari ini tak boleh bebelan panjang, ada hal nak diuruskan.....

Wednesday, January 18, 2012

Kena Dera


Kesiankan..kena dera tau.....fizikal dan mental...nak nangis ni......

Kak ham didera oleh budak kecik ni ha...hari Sabtu lepas atiah ajak kak ham pegi jalan-jalan, katanya dah lamaaaaaaaa saya xpegi jalan-jalan...katanyaaaaaaaaa... lagi katanyaaa dah lamaaaaaaaaaaaaaa saya tak makan di Mc Donaldssssss.....katanyaaaaaaaaaa lagi....kemudian ada lagi...dah lamaaaaaaaaaa saya tak pegi Jusco..katanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........Saya nak pegi Jusco nak jalan-jalan jeee...saya tak nak beli apa-apa pun....saya janji saya akan jadi a very good girl.....katanyaaaaaaaaaaa

Mula-mula bawa dia ke Jusco so kebetulan kak ham nak renew my JCard, tengok point alhamdulillah tukar ke Jusco Voucher, kira rezeki si atiah juga la, beli apa yang dia hendak guna Jusco Voucher je...selamat my cash money...hihihihiiiiiiiiii

Katanya lagi, saya nak makan kat Mc Donald yang tempat awak selalu isi minyak kereta, sebab kat situ best sangattttttttt. Katanyaaaaaaaa


Nanti kita sambung cite kena dera hari Ahad pulak ya...

pssssttt...internet bergerak nak melaporkan...pagi tadi on the way to office, lalu kat Jalan Syed Putra, kak ham nampak dengan jelas kebakaran yang berlaku dekat KL Sentral.

Tuesday, January 17, 2012

Kenanga Wholecity Mall - Part 2

Disebabkan ada yang bertanya di mana lokasi syurga membeli belah ini, jadi kak ham letakkan plan location untuk memudahkan perjalanan anda.

Details skit lokasinya adalah di kawasan perumahan awam DBKL San Peng, perumahan awam DBKL Sri Sarawak, juga Balai Bomba Jalan Hang Tuah. Sekiranya menaiki lrt turun di stesen Jalan Hang Tuah, dari stesen Jalan Hang Tuah dah boleh nampak kedai-kedai jualan borong ni. 

Monday, January 16, 2012

Rendang Pedas Ayam

Rendang Ayam Pedas...gambar blurr..kuah meladung spi xnampak ayam..yg nampak kaki ayam

Rendang Pedas Ayam dimakan dengan nasi lemak. Permintaan anak-anak dara kak ham suruh buat rendang pedas ayam. Cara kak ham buat rendang pedas ayam ni berdasarkan apa yang ada dalam esbok. 

Antara bahan digunakan untuk 1/2 ekor ayam : 
  Ayamg dipotong kecil2 
*25 tangkai cili api 
*5 tangkai cili merah  
*4 labu bawang besar, 
*2 ulas bawang putih, 
*2 inci halia, 
*2 inci kunyit hidup, 
*1 in lengkuas, 
2 batang serai diketuk, 
2 keping asam gelugur, 
1 cawan santan atau susu cair, 
2 sudu makan kerisik
garam dan gula

Bahan bertanda * diblender/kisar untuk diperap bersama ayam untuk beberapa jam. Masukkan ayamg yang diperap ke dalam kuali masukkan serai dan asam gelugur masak bagi ayam jadi lembut. Kemudian masukkan santan dan kerisik kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jika nak berkuah tak perlu masak lama. NOTA : Jika ada persamaan dengan resepi orang lain itu hanya kebetulan ya...


pssst..kak ham suka masak lauk pauk yang berkuah di dalam kuali, bila dah masak baru alihkan ke dalam mangkuk/periuk dan kalau buat rendang pedas mestsi nak berkuah biar meladong... lain orang lain citarasa.

Kenanga Wholecity Mall

As salam...pagi Isnin yang ceria...alhamdulillah masih lagi boleh bernafas di bumi allah ini...

Nak cerita skit mengenai kedai jualan borong pakaian wanita dari tudung, kain baju (jubah, baju kurung segala jenis pakaian) dan apa juga keperluan para kaum wanita dan pada hari Sabtu (14.01.2012) yang lepas kak ham ke Kenanga Wholecity Mall atas urusan bank (bank beroperasi 7 hari seminggu (Sabtu dan Ahad beroperasi dari jam 10 pagi - hingga 4 petang).
Kredit kat Google, gambar c&p dari google

Amboii rambang mata bila masuk setiap lot-lot kedai kat situ, rasa macam nak borong je apa yang dijual. Nasib baik boleh kawal nafsu. Urusan di bank setengah jam tapi urusan melayan mata berjam-jam ko. Nanti akan kak ham kunjungi Kenanga Wholecity Mall, tapi ada juga kedai-kedai kat situ menjual tanpa pembelian borong.

Kawasan ini memang terkenal dengan kedai-kedai jualan borong sejak dari dulu lagi di zaman era 90an sebabnya kak ham pernah tinggal di kawasan ini ketika itu. Memang "happening" sangat sebab segala kemudahan di depan mata...

psssttt....klu dah masuk kedai-kedai mesti ada juga yang dibelikan....adalah 2-3 barang kak ham beli kat dalam tu......dah berkenan di hati, rembat je la...

Friday, January 13, 2012

Oreo Cheese Cake

Waduuuuuuhhh sekejap je dah hari Jumaat, tapi hari ni terlewat bangun....macam lipas kudung bersiap-saip nak pegi keje (kak ham jarang berbaju kurung ke ofis selalunya casual je janji menepati etika pakai pejabat)...alhamdulillah sampai ofis awal sebelum pukul 9 pagi...fuuuhhhhhhhh....lalu lintas dari rumah ke ofis pun berjalan lancar (selalunya bila ada yang bertanya duduk mana..keje mana..mereka akan terkejut dengar jawapan dari kak ham dan responnya maakaiiiii jauhnya).........alhamdulillah setakat ini kak ham tidak ada masalah pun.

Hari ini nak menyiapkan baki 20% work task untuk bengkel projek  terbesar ofis pada hari Khamis dan Jumaat (19 dan 20 Januari 2012). Setakat ini 80% work task sudah beres...alhamdulillah..so bila dah siap  100% bolehlah kita menari samba ya....

Sambil itu mari kita mengunyah gambar Oreo Cheese Cake ni...resepi kak ham  ciluk dari blog kak ina kl www.kakinakl.com yang amat peramah tu...tak berhenti ketawa bila bersembang dengan kak in kl tau....rindu pulak nak dating dengan kak ina kl...bila la agaknya ya....insyaallah ada rezeki nanti kita jumpa ya kak ina..saya belanja tau...
Kak ham makan Oreo Cheese Cake ni ketika sarapan pagi dan pekena dengan nescafe tarik...macam nak rabak biji mata...... terima kasih kak ina.

Thursday, January 12, 2012

^Nasi Goreng Je^

Salam Khamis yang mendung, sekejap lagi keluarlah sang mentari...

Menu yang sempat dimasak untuk kami sekeluarga, semenjak hujung tahun 201, kak ham boleh dikatakan hari-hari balik lambat dari ofis, jadinya masak yang senang-senang aje, janji kenyang.  Tetapi Sabtu dan Ahad adalah hari kak ham bersama keluarga dan juga menjalankan kerja-kerja rumah. 

Berhenti dulu di sini, nanti ada masa lapang kak ham bw ya, ada kerja-kerja pejabat yang perlu disiapkan.
Nasi Goreng campak-campak je, diduetkan dgn telur mata, sambal belacan dan kepingan timun

Wednesday, January 11, 2012

~Awalnya~

Salam di pagi Rabu....pagi sampai ofis seawal 8.00 pagi. Ketuk kad dan on pc...terus masuk tandas (urusan wajib di pagi hari)....periksa senarai kerja-kerja perlu dibuat hari ini. Balas email dan beberapa perkara lagi. Kemas bilik mesyuarat, senarai kerja untuk kakak cleaner.

Sambut kedatangan tetamu dengan muka yang manis, sesama kawan sepejabat jangan sekali-sekali dengan muka yang masam, tak kira la tetamu kita tu despatch boy ke, budak courier ke, semua mereka itu tetamu kita.

Dalam jam 9.30 pagi call travel agency untuk uruskan e-tiket untuk mereka yang kena out-station dan juga urusan penginpan hotel semasa mereka bertugas di luar sambil-sambil tu buat air untuk sarapan sendiri.

Rekodkan kedatangan, siapa mc, siapa cuti kecemasan, siapa lambat masuk pejabat samada urusan pejabat atau hal peribadi. 

Hari ini keluar awal sebab anak dara kak ham ada exam, exam bermula pukul 8.00pagi, tetapi on the way ke ofis tadi jalan jem sederhana bukan teruk sangat, rupanya ada kemalangan kat fed. hway. Rasanya jem kat fed. hway dah jadi makanan kak ham. Rilek je sambil dengar radio...

Apa kena mengena cite di atas tu ya.....sori terlebih sudah.... meh kita layan Baked Pasta nak...resepi dari DJ dapurku sayang jugak. Thank you DJ.

Baked Pasta...mudah sangat nak buatnya...resepi sila jenguk blog dapurku sayang

Tuesday, January 10, 2012

Puding Karamel Kentang


Pehhhhhhhh terasa-rasa kenakan Puding Karamel Kentang ini dimulutku......semua di dalam rumah amat menyukai Puding Karamel Kentang resepi dari DJ dapurku sayang adik sayang yang cantik jelita intan payung yang tidak pernah lokek dengan senyuman wpun belum lagi pernah bersua secara realiti tetapi melalui pertuturannya pun, kak ham dah tahu gerangannya wanita jelita ini.


Jutaan terima kasih kak ham ucapkan kepada DJ dapurku sayang  di atas kesudian berkongsi resepi-resepi yang terdapat di blognya.

Nak tahu kesedapan Puding Kentang Karamel silalah membuatnya. Bahan-bahannya pun amat mudah dan memang sentiasa ada stok di dapur kita.

DJ, kak ham kena buat puding ni setiap minggu atas permintaan anak-anak dara akak.
Jemput makan...nyum nyummm...nyummm....

Monday, January 9, 2012

~Kejutan~

As salam...Monday  Blues hari ini.....baru habis menghadiri "Internal Workshop"...ada masa 15 min untuk rehat sekejap.

Hanya nak kongsikan kejutan dari anak dara kak ham sempena hasil pelaburan dia di ASB...alhamdulillah dia tetap beringat untuk simpanan untuk masa hadapan. 


Tiada kata yang dapat digambarkan, syukur padaMu Ya Allah kerana mengkurniakan hambaMu ini seorang anak  yangl tanggungjawab terhadap kedua ibu bapanya dan juga adik beradiknya, Semoga ALLAH SWT melimpahkan lagi rezeki untuk kesemua anak-anakku...

Patutlah dia kata nak pegi kerje pada pagi Sabtu yang lepas, sebab Jumaat malam tu dia kata tak nak pegi keje, tiba-tiba pagi Sabtu tu dia bergegas bersiap nak pergi kerja, siap mintak kak ham hantarkan dia ke pejabat. Kak ham bertanya jugak kenapa nak keje pulak hari Sabtu ni, dia jawap ada banyak keje pulak. Sebenarnya anak dara kak ham ni memang manja wpun dia adalah kakak sulong dalam empat beradik ni. 

Percutian kami sekeluarga pada bulan Disember lepas jugak telah dibiayai oleh anak dara sulong kak ham hasil dari bonus tahunan yang diterima dari tempat kerjanya. Alhamdulillah ada lagi percutian kami sekeluarga yang akan dibiayai oleh kak ain, insyallah nanti kak ham story mory.

Maaf la ya...kak ham tidak terdetik pun dihati ini nak menunjuk2 atau meriak, sekadar untuk tatapan kak ham  di masa akan datang. 
There was an error in this gadget