Friday, March 2, 2012

Kurma Telur

Salam Jumaat semua....esok dah Sabtu ya...pastu Ahad...dan seterusnya Isnin kembali.....insyaallah semoga diberi lagi peluang untuk bernafas di dunia ini....


Ok, kali ini nak kongsi lagi resepi dari dapurku sayang, iaitu Kurma Telur di mana cara penyediaan bahan-bahan asasnya berbeza sekali dengan kurma telur yang biasa kak ham buat. Sedap tau...mungkin kalau nak gantikan dengan ayam pun boleh juga kan DJ...kebanyakan resepi-resepi dari dapurku sayang bahan-bahan penyediaannya amat mudah didapati di dapur kita semua. Tqvm my dear dapurku sayang...


Kak ham copy&paste resepi Kurma Telur dari dapurku sayang/kurma telur

Bahan-bahan :
  • 6 biji telur rebus (dibuang kulitnya)
  • 4 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 cm halia (ditumbuk)
  • 2 sudu besar serbuk kurma
  • 1 sudu kecil serbuk cili (kak ham blend cili masak + cili kering)
  • sedikit santan atau susu cair
  • garam dan sedikit gula
  • 1 sudu makan puri tomato/sos tomato
  • 1 labu bawang besar (dipotong 4)
  • sedikit hirisan tomato (jika suka)
  • sedikit kacang peas (jika suka)
  • rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, pelaga dan bunga lawang)- jika suka
Cara-cara :
  1. Serbuk kurma, serbuk cili dan tomato puri dibancuh bersama sedikit air untuk dijadikan pes. Ketepikan.
  2. Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali/periuk. Tumis bahan-bahan tumbuk dan rempah 4 sekawan hingga wangi. Kemudiankan masukkan pes kurma tadi. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sedikit air dan diikuti santan/susu cair. Masak hingga mendidih.
  4. Kemudian masukkan garam, gula, bawang besar dan tomato. Bila kuahnya sudah pekat, barulah dimasukkan telur. Sebatikan. Tutupkan api. Taburkan kacang peas semasa menghidang. 
Selamat mencuba ya....hok ini izahdaut tak yah search kat tenet ya.....izahdaut jgn maraaaahhh aaaa.....


No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget