Thursday, February 9, 2012

Moist Orange Mocha Brownies

As salam di pagi Khamis....waaaaaaa pagi ni kak ham tayang gambar Moist Orange Mocha Brownies di mana resepinya kak ham copy dari blog adikku maz ilhamdapur.blogspot.com yang sekarang dah pindah balik ke Bahrain..ke dah balik Malaysia...sebab dah lama tak menghubungi beliau...

Moist Orange Mocha Brownies ni kak ham buatkan untuk tiga orang sahabat yang kak ham ...sorg tu mak neng aka kak intan jariintanku.blogspot.com, kemudian untuk dua orang kawan lama di mana sorg tu untuk makan-makan sempena birthday dia (KK), manakala seorang lagi tu untuk makan-makan sempena wedding anniversary dia (ayoi dan rozie).

Kepada maz ilhamdapur.blogspot.com, kak ham ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi berkongsi resepi, dan disini izikan kak ham copy&paste resepi Moist Orange Mocha Brownies untuk simpanan kak ham ya...

Resepi asal : Kak liza hanieliza.blogspot.com

Moist Orange Mocha Brownies
Bahan-bahan
Bahan A
  • 1 cawan butter cair - maz guna minyak masak canoli (kak ham guna daisy corn oil)
  • 1 cawan susu cair
  • 2 cawan gula perang
  • 1 cawan air panas
  • 1/2-1 sudu kecil nescafe - bancuh dengan air panas diatas - ni maz tambah sendiri (kak ham follow)
  • 2-3 sudu besar sunquick orange - ni maz tambah sendiri (kak ham follow)

Bahan B (kacau rata) - maz guna wisk
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 biji telur gred B

Bahan C [ayakkan]
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
Cara-cara :

1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
2. Kacau bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B dan kacau rata.
4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
6. Bakar selama 45 - 50 minit. -
7. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.

Chocolate Topping
  • 250 gm coklat masakan
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu kecil susu cair
Cara-cara untuk topping

1. Panaskan coklat dalam periuk/bekas secara double boil.
2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan



5 comments:

  1. kak hammm..
    saya pun dah bua brownies ni. meman best sebab bila letak oren rasa coklat tu tak muak. nak sefoton kak

    ReplyDelete
  2. Assalam kak ham mesti sedap ada sedikit rasa msm oren tu n manis, terliur pulak tgk kak ham

    ReplyDelete
  3. kak ham..saya seumur hidup baru sekali je buat brownies nih..kekeke...letak oren memang tak muak sgt tambah2 kalau dah selalu sgt makan kek coklat..kekeke

    ReplyDelete
  4. dah terliur tgk brownies akak ni..alahai kalau dapat seketul alangkah nikmatnye..huhuh

    ReplyDelete
  5. izah...nti kak ham anto seloyang tau..tgguuuuu

    ER..apalagi..jom kita buat sama2 nak..

    Quinnie..dah siap nti anto kat akak tau..

    n00rsha...akak nak rasa air tgk org PD..boleh???

    ReplyDelete

There was an error in this gadget