Friday, January 20, 2012

STBC v Paprik Ayam

Salam di petang hari Jumaat untuk anda semua yang berkunjung rumah maya kak ham ini. 

Terima kasih di atas kunjungan anda semua, terharu rasanya tidak terkata, sambil kesat air mata dengan lengan baju...

Esok Sabtu, lusa Ahad dan tulat Isnin adalah hari perayaan Tahun Baru Cina dan Selasa juga cuti kerana perayaan ini (tahun ini tahun naga), kak ham ingin mengucapkan Gong Xi Fa Chai kepada semua kaum berbangsa Cina di mana juga anda berada.

Gambar ehsan dari www.chinalights.com

Marilah kita layan Paprik Ayam, menu kak ham sekeluarga malam tadi....resepi copy&paste dari HaNa's Family dan resepi asalnya Makyong@myresepi.com. Terima kasih kedua-dua penyumbang resepi ini.

Bahan-bahan
  • ½ ekor ayam - dipotong kecil2
  • 2 ulas bwg putih - ditumbuk
  • 1 labu bwg besar - dimayang
  • 2 btg serai - dititik
  • beberapa helai daun limau purut
  • 2 biji buah tomato - dipotong 4
  • 5 biji cili padi - ditumbuk
  • bunga kobis, kacang buncis dan karot 
  • sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
  • bahan2 perasa
Cara-cara
  1. Goreng ayam separuh masak. Pastu ketepikan.
  2. Tumiskan  bawang putih dan halia dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
  4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

 Paprik Ayam (tp ayamnya xnampak, sayur je yang beraksi...seksi

5 comments:

  1. asslam kak ham...kong hei faa chaii...mintak sayur seksi skit!!

    ReplyDelete
  2. assalam kak, salam kenal. paprik ayam memmang sedap.:)

    ReplyDelete
  3. waahh sedapnye paprik! lame x masak gini :)

    ReplyDelete
  4. Assalam kak ham, selamat bercuti juga untuk akk ya, sedapnya paprik , lama tak buat ni

    ReplyDelete
  5. As salam semua...

    mokwo...sayur ceksi dah abis...;)

    Nieza...salam kenal dari kak ham juga....nti wat paprik ayam..tapau utk kak ham ya..

    nOOrsha...nti kak ham nak ngendeng pulak ya..

    Rosa....menu paling cepat disediakan.....

    ReplyDelete

There was an error in this gadget