Monday, January 16, 2012

Rendang Pedas Ayam

Rendang Ayam Pedas...gambar blurr..kuah meladung spi xnampak ayam..yg nampak kaki ayam

Rendang Pedas Ayam dimakan dengan nasi lemak. Permintaan anak-anak dara kak ham suruh buat rendang pedas ayam. Cara kak ham buat rendang pedas ayam ni berdasarkan apa yang ada dalam esbok. 

Antara bahan digunakan untuk 1/2 ekor ayam : 
  Ayamg dipotong kecil2 
*25 tangkai cili api 
*5 tangkai cili merah  
*4 labu bawang besar, 
*2 ulas bawang putih, 
*2 inci halia, 
*2 inci kunyit hidup, 
*1 in lengkuas, 
2 batang serai diketuk, 
2 keping asam gelugur, 
1 cawan santan atau susu cair, 
2 sudu makan kerisik
garam dan gula

Bahan bertanda * diblender/kisar untuk diperap bersama ayam untuk beberapa jam. Masukkan ayamg yang diperap ke dalam kuali masukkan serai dan asam gelugur masak bagi ayam jadi lembut. Kemudian masukkan santan dan kerisik kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jika nak berkuah tak perlu masak lama. NOTA : Jika ada persamaan dengan resepi orang lain itu hanya kebetulan ya...


pssst..kak ham suka masak lauk pauk yang berkuah di dalam kuali, bila dah masak baru alihkan ke dalam mangkuk/periuk dan kalau buat rendang pedas mestsi nak berkuah biar meladong... lain orang lain citarasa.

5 comments:

  1. salam kak ham..sedapnye rendang pedas ayam! sy suke jenis2 rendang yg pedas macam ni.. bestt!! :)

    ReplyDelete
  2. saya pun saya pung.. suke rendang ada kuah. tak brapa suke yg kering.. woo sedap tuu

    ReplyDelete
  3. n00rsha dan izahdaut...weiii adik2 sayang kita boleh gang ni..kuah meladung

    ReplyDelete
  4. kak ham...saya pun suka kalau ada kuah sekali rendang ni..senang tak yah masak lauk lain..sayur carik ulam2 je dah sedap makan dgn nasi..hehehe

    ReplyDelete
  5. betul tu quinnie...kak ham mmg setuju with ur statement tu...

    ReplyDelete

There was an error in this gadget