Thursday, January 19, 2012

Kisah Hari Ahad

Selamat petang.....dah minum petang ke? makan kuih apa petang ni? Kak ham minum susu soya segera (Super Soy Milk) sementara tggu petang untuk dinner pulak. Nak diet tapi 3 layers spare part kat perut ni...kusssss semangat....hancurrrr diet....

Ok kita sambung kisah deraan di hari Ahad pulak ya. Hari Ahad (14 Januari 2012) untuk lunch kak ham wat mee rebus je, ingat petang-petang tu nanti nak buat nasi ayam. Tapi dalam pukul dua petang, tiba-tiba si kakak ain tanya nasi pulak. Kak ham tanya dia boleh tak lepas asar nanti kita masak nasi ayam, tapi kakak ain tak sabar dah. Lepas je asar dia ajak kak ham dan adik2nya pergi Jusco Cheras Selatan dan semua kos dia tanggung. Apalagi kita orang on je....tambah-tambah si kenit atiah tu..ayat atiah....saya suka pergi Jusco....senyum dengan senang hati....

Sampai je Jusco, terus kakak ain masuk kedai-kedai kasut dan terbekenan kasut kat Kedai Kasut Step, memang memenuhi citarasa kita orang la....dapatlah kakak ain dan kakak asyikin kasut sorang sepasang ditanggung sepenuhnya oleh kakak ain. 

Kemudian cari pulak tempat makan, terus terbekanan makanan kat Orchid Bistro. Sambil-sambil tunggu makanan sampai, kak ham pulak pegi ke Pasaraya Jusco kat La Boheme tu ada pulak Egg Tart @RM1.00 satu...rembat 5 ketui dan 3 giant sosej @RM10.00, terus bayar guna Voucher Jusco....selamat lagi my cash money...alhamdulillah rezeki dari Allah swt. (nti kak ham cite kisah voucher Jusco digunakan kat Jusco Mid Valley pulak angkara kena paw lagi dengan si atiah).
ammmmm...saya suka jagung...

So mari kita tengok antara makanan kami masa makan kat Orchid Bistro. Menu kak ham dengan menu atiah je yang sempat beraksi, yang dua orang tak sempat dah, yang kak ham ingat nasi goreng tom yam.


 Ini atiah punya...

Ini kak ham punya, tapi berkongsi dengan dua lagi anak dara tu, Fried Chicken Chop

Semua pembayaran disettlekan oleh kakak ain. Alhamdulillah kenyang, ...sebelum pulang masuk Jusco belek-belek je, tak beli pun. 

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget