Monday, January 9, 2012

~Kejutan~

As salam...Monday  Blues hari ini.....baru habis menghadiri "Internal Workshop"...ada masa 15 min untuk rehat sekejap.

Hanya nak kongsikan kejutan dari anak dara kak ham sempena hasil pelaburan dia di ASB...alhamdulillah dia tetap beringat untuk simpanan untuk masa hadapan. 


Tiada kata yang dapat digambarkan, syukur padaMu Ya Allah kerana mengkurniakan hambaMu ini seorang anak  yangl tanggungjawab terhadap kedua ibu bapanya dan juga adik beradiknya, Semoga ALLAH SWT melimpahkan lagi rezeki untuk kesemua anak-anakku...

Patutlah dia kata nak pegi kerje pada pagi Sabtu yang lepas, sebab Jumaat malam tu dia kata tak nak pegi keje, tiba-tiba pagi Sabtu tu dia bergegas bersiap nak pergi kerja, siap mintak kak ham hantarkan dia ke pejabat. Kak ham bertanya jugak kenapa nak keje pulak hari Sabtu ni, dia jawap ada banyak keje pulak. Sebenarnya anak dara kak ham ni memang manja wpun dia adalah kakak sulong dalam empat beradik ni. 

Percutian kami sekeluarga pada bulan Disember lepas jugak telah dibiayai oleh anak dara sulong kak ham hasil dari bonus tahunan yang diterima dari tempat kerjanya. Alhamdulillah ada lagi percutian kami sekeluarga yang akan dibiayai oleh kak ain, insyallah nanti kak ham story mory.

Maaf la ya...kak ham tidak terdetik pun dihati ini nak menunjuk2 atau meriak, sekadar untuk tatapan kak ham  di masa akan datang. 

3 comments:

  1. salam k.ham.Alhamdulilah,punyai anak yg sedikit sebyk menghargai kedua orgtuanya.Sejokkk perut k.ham mengandungkn dia.Semoga adik2nya lain akan mengikut jejak keperibadian kakaknya nie.
    Beso TV tu k.ham..mmg puas negok!
    Ala k.ham...sebagai kenangan...ingatan dr anak2,bkn niat nk menunjuk pon.nk numpang tgk tv blh?:D

    ReplyDelete
  2. dah besar rupanya anak dara kak ham..bagus la begitu ingat kat mak ayah dia....moga akan terus menjadik anak solehah...:)

    seronok mak dia dpt tv baru ye..hehehe

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...terima kasih dgn doa2 atie dan q...sebenarnya dah byk dia melaburkan duit gaji dia pada kak ham sekeluarga...mudah2an ALLAH swt sentiasa memurahkan rezeki ke atas kami sekeluarga...duit gaji kak ham simpan je...hihihiiiii

    ReplyDelete

There was an error in this gadget