Friday, March 2, 2012

03 03 2012....Happy Birthday My Little Atiah


Alhamdulillah....03 03 2012 merupakan ulangtahun kelahiran my last product, Nurul Atiah yang ke 4 tahun...semoga atiah menjadi anak yang solehah dunia akhirat..., sentiasa mentaati perintah Allah, semoga berjaya di dunia dan akhirat ya sayang....dari mak abah, kakak ain, abang mirul dan kakak asyikin.


Tidak ada birthday celebration untuk atiah sebab kakak ain dan abang mirul kena kerja luar (out station), tunggu kedua-dua balik baru kita celebrate ya...





Kurma Telur

Salam Jumaat semua....esok dah Sabtu ya...pastu Ahad...dan seterusnya Isnin kembali.....insyaallah semoga diberi lagi peluang untuk bernafas di dunia ini....


Ok, kali ini nak kongsi lagi resepi dari dapurku sayang, iaitu Kurma Telur di mana cara penyediaan bahan-bahan asasnya berbeza sekali dengan kurma telur yang biasa kak ham buat. Sedap tau...mungkin kalau nak gantikan dengan ayam pun boleh juga kan DJ...kebanyakan resepi-resepi dari dapurku sayang bahan-bahan penyediaannya amat mudah didapati di dapur kita semua. Tqvm my dear dapurku sayang...


Kak ham copy&paste resepi Kurma Telur dari dapurku sayang/kurma telur

Bahan-bahan :
  • 6 biji telur rebus (dibuang kulitnya)
  • 4 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 cm halia (ditumbuk)
  • 2 sudu besar serbuk kurma
  • 1 sudu kecil serbuk cili (kak ham blend cili masak + cili kering)
  • sedikit santan atau susu cair
  • garam dan sedikit gula
  • 1 sudu makan puri tomato/sos tomato
  • 1 labu bawang besar (dipotong 4)
  • sedikit hirisan tomato (jika suka)
  • sedikit kacang peas (jika suka)
  • rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, pelaga dan bunga lawang)- jika suka
Cara-cara :
  1. Serbuk kurma, serbuk cili dan tomato puri dibancuh bersama sedikit air untuk dijadikan pes. Ketepikan.
  2. Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali/periuk. Tumis bahan-bahan tumbuk dan rempah 4 sekawan hingga wangi. Kemudiankan masukkan pes kurma tadi. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sedikit air dan diikuti santan/susu cair. Masak hingga mendidih.
  4. Kemudian masukkan garam, gula, bawang besar dan tomato. Bila kuahnya sudah pekat, barulah dimasukkan telur. Sebatikan. Tutupkan api. Taburkan kacang peas semasa menghidang. 
Selamat mencuba ya....hok ini izahdaut tak yah search kat tenet ya.....izahdaut jgn maraaaahhh aaaa.....


Thursday, March 1, 2012

Grilled Salmon with Black Pepper Sos

As salam di tenghari Khamis.........semoga panas sampai ke petang....insyaallah..

Nak cite begitu nikmat bila dapat memenuhi menu yang sememangnya dah lamaaaaaaaaa sangat nak dicuba....hihiiii.....alhamdulillah...akhirnya terlaksana jugak....berebut-rebut kami empat beranak menjamu selera dengan menu ini. Anak-anak pun suka rupanya. Insyaallah akan diulang lagi menu ini. Bila????


Grilled Salmon with Black Pepper Sos ni dah lama kak ham buat, cuma belum ditayang di blog ni...kena ikut giliran le....asyik-asyik kek je yang ditayang....

Resepi Grilled Salmon with Black Pepper ni boleh cari di internet je kan...semuanya dihujung jari..klik je...

Wednesday, February 29, 2012

Tuesday, February 28, 2012

Black Beauty Chocolate Cake...Againnnnn

Salam di petang Selasa yang sejuk disebabkan hujan di luar sana.....hilang penat menyapu habuk-habuk di rumah maya yang tidak diendahkan selama hampir dua minggu.......lunch tadi  pekena nasi goreng with telo mata...tea o panas satu mug....curi masa santai sekejap untuk update blog...

Meh kita layan Black Beauty Chocolate Cake yang dipesan oleh adik ipar kak ham untuk sambutan birthday dia dengan anak-anaknya di kampung suaminya....dia mintak kak ham buatkan kek ini sebanyak tiga biji sebab family sebelah suaminya ramai.

Decoration simple je..


Alhamdulillah...respon dari adik ipar serta ipar duai dia....kak long sedap sangat kek ni....nti kami nak order lagi ya....insyaallah...tp kena bagi tau awal skit ya...al maklumlan akak ko ni bukan pro...;)

Thursday, February 16, 2012

Mood Ting Tong....:(

As salam....mood ting tong di hari Khamis....bukan sebab banyak kerja...xde apa2pun...cuma hati ni semacam je pulak....kenapaaaaaaaaaaa yaa?

Ya ALLAH Ya TUHANKU kembalikan mood keceriaanku seperti sediakala.....apakah hikmah disebaliknya....puas sudah memujuk hati ini agar jangan melayan emosi yang terlalu sedih ini.....

Take care semuaaaaaaaaaa....

Thursday, February 9, 2012

Moist Orange Mocha Brownies

As salam di pagi Khamis....waaaaaaa pagi ni kak ham tayang gambar Moist Orange Mocha Brownies di mana resepinya kak ham copy dari blog adikku maz ilhamdapur.blogspot.com yang sekarang dah pindah balik ke Bahrain..ke dah balik Malaysia...sebab dah lama tak menghubungi beliau...

Moist Orange Mocha Brownies ni kak ham buatkan untuk tiga orang sahabat yang kak ham ...sorg tu mak neng aka kak intan jariintanku.blogspot.com, kemudian untuk dua orang kawan lama di mana sorg tu untuk makan-makan sempena birthday dia (KK), manakala seorang lagi tu untuk makan-makan sempena wedding anniversary dia (ayoi dan rozie).

Kepada maz ilhamdapur.blogspot.com, kak ham ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi berkongsi resepi, dan disini izikan kak ham copy&paste resepi Moist Orange Mocha Brownies untuk simpanan kak ham ya...

Resepi asal : Kak liza hanieliza.blogspot.com

Moist Orange Mocha Brownies
Bahan-bahan
Bahan A
  • 1 cawan butter cair - maz guna minyak masak canoli (kak ham guna daisy corn oil)
  • 1 cawan susu cair
  • 2 cawan gula perang
  • 1 cawan air panas
  • 1/2-1 sudu kecil nescafe - bancuh dengan air panas diatas - ni maz tambah sendiri (kak ham follow)
  • 2-3 sudu besar sunquick orange - ni maz tambah sendiri (kak ham follow)

Bahan B (kacau rata) - maz guna wisk
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 biji telur gred B

Bahan C [ayakkan]
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
Cara-cara :

1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
2. Kacau bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B dan kacau rata.
4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
6. Bakar selama 45 - 50 minit. -
7. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.

Chocolate Topping
  • 250 gm coklat masakan
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu kecil susu cair
Cara-cara untuk topping

1. Panaskan coklat dalam periuk/bekas secara double boil.
2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan



Wednesday, February 8, 2012

Wednesday : Smart Day and English Day

As salam....selamat petang....hari ini agak lewat mengupdate blog....biasalahkan bila dah cuti empat hari...banyak perkara yang diperlu diselesaikan....biji mata pun macam nak tercabut dibuatnya.....

Sumber : Internet

N3 hari Rabu, procedure pejabat kak ham ini, setiap hari Rabu  kami dimestikan berbahasa Inggeris walaupun sesama rakan sepejabat. Juga setiap kami mesti berpakaian 'smart' kerana ini adalah juga  point prestasi dalam KPI.
Sumber : Internet

Dari segi berbahasa Inggeris perbualan antara sesama kami, kadang-kadang ada juga yang tersasul bercakap dalam bahasa Malaysia, kelakar jadinya. 

Apa kaitan gambar dengan n3 hari ini ya....

PSST : Pesanan penaja.........jgn lupa memakai tali pinggang keledaaarrrrrrrr...jgn ciluk menciluukkkk...


Friday, February 3, 2012

Kek Pisang Gebu

As salam di pagi Jumaat yang mulia ini....n3 pagi ini kak ham nak kongsikan betapa sedapnya Kek Pisang Gebu ini, hasil dari mengendap kat blog wanita jelita dari bumi Sarawak ini ... http://dayangjack.blogspot.com/2011/06/kek-pisang-gebu.html ....


Jutaan terima kasih di atas sumbangan resepi-resepi dari Dj ya...banyak yang dah kak ham cuba dan hasilnya walaaaaaaaaa....banyak lagi gambar-gambar menunggu time untuk dimasukkan ke blog.....sabar tau gambar-gambar sekelian....


Dj..kak ham mohon izin copy & paste ya....I follow exactly 100%...thumbs up....


Kek Pisang Gebu
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 2 cawan  tepung gandum (DJ guna 1 3/4 cawan tepung dan 1/4 cawan horlicks)
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 cawan pisang yang sudah dilecek
  • 1/2 sudu besar ovalette
  • 1/4 cawan susu cair atau susu segar
  • 4 biji telur gred B
  • 1 cawan gula kastor (-/+)
  • 1 sudu kecil esen vanilla atau esen pisang
  • 100 ml minyak jagung atau mentega cair
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160-170C atau ikut suhu oven masing-masing. Griskan loyang kek dengan mentega.
  2. Dalam bekas/mangkuk yang agak besar, satukan kesemua bahan di atas KECUALI pisang dan minyak jagung/mentega cair. Putar adunan pada kelajuan minima selama 1 minit dan kemudian putar lagi pada kelajuan maksimum sehingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan pisang yang sudah dilecek tadi dan putar perlahan hingga sebati.
  4. Akhir sekali tuangkan minyak jagung/mentega cair dan kacau perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu atau spatula.
  5. Apabila sudah sebati, tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan bakarlah selama 45-50 minit atau hingga masak keperangan. 
  6. Setelah masak, sejukkan kek sebelum dipotong.
Psssttt....wa tak tipu punya...ini kek manyak sidapp wo...sebab itu horlicks punya rasa....wallaaaaaaaaaaa

Budak kecik ini pun cakap...sedapnya kek pisang ni...

Thursday, February 2, 2012

3 Rasa dan 3 Suara

As salam di petang Khamis.....peewwwwwww....merehatkan minda sekejap dari memandang kerja-kerja di atas meja ni... 

Apa itu 3 rasa  dan 3 suara.....adakah untuk lagu Beribu Sesalan...ooo tidak....bukan....tapi untuk 3 suara anak daras
N3 petang ini adalah menu dinner malam tadi.....Siakap Tiga Rasa untuk hidangan kami sekeluarga.....memang sedap...yesssss tak tipu punya....diakui memang teramat sedap....resepi kak ham ambil dari blog www.kakinakl.com . Terima kasih juga kepada penyumbang resepi Siakap Tiga Rasa ini. 

Ada juga beberapa bahan tidak mencukupi hanya bahan tumis dan bahan sos saja ada stok di rumah.
  • Berbaloi-baloi wpun tiba ke rumah dah lewat tapi ku teruskan jua niat dihati untuk mencuba Siakap 3 Rasa ini 

Siakap Tiga Rasa berposing di atas dapur je....

Pssssttt...kak ham sempat bw je...tp tak tinggal komen tau...minta maaf ya...nti kak ham bw lagi dan tinggalkan komen serta akan membalas komen anda semua ya..

Monday, January 30, 2012

AJL26

As salam....semoga semua ceria di pagi Isnin ini....just a short story for this entry....masa mengejar kak ham sekarang ni....

Semalam kak ham pergi menonton AJL26 secara live di Stadium Putra Bukit Jalil bersama-sama dua orang my anak dara.....best sangat....semua penonton very-very sporting.....even all singers give their best performance all out. Menang atau kalah belakang cerita, yang penting semua terhibur dan sangat berpuas hati.

Hostnya adalah gandingan Faizal Ismail dan Cheryl Samad....kelakar mereka berdua ni.

Persembahan malam tadi dimulakan oleh Jamal Abdillah, kemudian Awie selepas itu Dato' Sheila Majid. 

sumber: picsday.co.cc
Alia memenangi Persembahan Terbaik...mmg terbaik wok
sumber: facebook.com
Hafiz AF7.....Vokal Terbaik dan Lagu Terbaik
sumber: hmetro.com.my
Tiga Suara...tempat ke2...suara mmg super power..best..
Faizal Tahir....Karma...tempat ke3...ini pun best...

Selepas semua penyanyi AJL26 membuat persembahan, penonton dihiburkan dengan lagu-lagu Allahyarham Sudirman Hj Arshad, di mana lagu-lagunya dinyanyikan oleh Black, Hazam dan Azlan The Typewriter dan penonton semua bersama-sama menyanyi...memang sporting belaka....bestttttttttt...

Thank you so much to penerbit JL26 Huda Khalid, next year ada rezeki hulurlah tiket ya...

psssttt....bila kak ham free nanti kak ham bw dan reply semua komen ya.....take care semua...

Friday, January 27, 2012

Gulai Sardin Je

As salam di pagi Jumaat yang indah..nyaman....seceria sang suria di luar sana..eceeceehhhhhh.....kita  kena ceria selalu....buang kesedihan dihati tu jauh-jauh.....biar kedukaan kita hanya ALLAH sahaja yang tahu...kerana kedukaan itu rahsia kita......eceeeceehhhhhhh....

Bestnya pergi kerja tiga hari ni....sebab tidak ada langsung gangguan lalulintas seperti sebelum-sebelum ni.....hanya dalam 25 minit dari ke rumah ke tempat kerja......masa balik dari tempat kerja ke rumah pun begitu...alhamdulillah...
Gulai Sardin

Ok lah, nak kongsi menu kak ham....entah minggu bila entah....masak simple....Gulai Sardin je..

Bahan-bahannya:

Sardin Cap Ayam (Tin Besar, buangkan sosnya)
15 tangkai cili api (nak pedas lebihkan)
2 inci kunyit hidup
2 batang serai
Ubi Kentang (belah empat)
Santan (nak pekat lebihkan santan)
garam dan gula (sikit je)

Cara masaknya sama je mcm masak gulai lain.
Tumbuk atau blender cili api dan kunyit hidup dan juga serai yang diketuk, kemudian rebuskan sekejap bahan-bahan tumber/blender tadi dalam 5-10 minit, kemudian baru masukkan ubi kentang dan separuh dari santan hingga ubi kentang empuk. Kacau selalu ya takut santan pecah.

Setelah itu baru masukkan ikan sardin sahaja dan santan selebihnya sambil dikacau dan perasakan garam dan gula.

Klu agak-agak lapar lagi buatlah jemput2 cicah ngan kuah gulai sardin....

Thursday, January 26, 2012

Suria KLCC

Salam di petang Khamis...terajin sampai dua n3 hari ni ko.....pssstt line clear..boss2 dah keluar pegi meeting...so apalagi...kita enjoy...enjoy la sangat...kejo menimbun tu bila nak siap...jawab Puan Hamsiah....tersengih-sengih...tersenyum-senyum depan pc....amboiiiiiiiii.......

Ini ha kisah jalan-jalan di Suria KLCC hari Isnin lepas....menyukat jalan...menyukat sopping komplek...setiap kedai di sukat...belinya nan adooo....lalulintas di jalan-jalan utama di KL tidak la azabedah pun..jalan semua clear..cantik...nak parking pun senang...pilih je..


Gambar-gambat di atas semasa di dalam kereta.....






Menjamu selera di Food Court, KLCC
Menuju masuk ke Isetan....






Sekian dulu pertunjukkan saya....terima kasih...tadaaaaaaaaaaaaaa

Black Beauty Chocolate Cake

As salam di hari Khamis....dan esok sudah Jumaat insyaallah...jika dizinkan untuk bernafas lagi....

Meh kita layan gambar Black Beauty Chocolate Cake ni.....buat masa cuti baru-baru ni..saja tangan ni menggatal nak mencubanya.....memang sedap sangat....
Black Beauty Chocolate Cake tanpa solekan tebal hanya dicurahkan ganache je

Resepi kek ni kak ham ambil dari blog toke mapin izahdaut.blogspot.com.....terima kasih izah..so pada yang ingin mencuba memang sangat-sangat direkomenkan. Bahan-bahannya amat mudah, cuma kak ham tambahkan sesudu teh serbuk nescafe dalam adunan kek ini ya.


v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
lihatlah dunia.....
There was an error in this gadget