Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya

As salam di pagi Jumaat bersamaan 26 Ramadhan.......
 
Terimalah kad ini sebagai pengganti diri kepada semua pengunjung blog ini. 
 
Dikesempatan ini kak ham ingin memohon kemaafan dan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua pembaca blog ini (jika ada yang sudi membaca) rakan-rakan bloggers di mana sahaja anda berada, rakan taulan dan semua yang mengenali kak ham.

Insyaallah semoga kita dapat berjumpa lagi seminggu selepas Hari Raya

Thursday, August 25, 2011

Suasana Di Hari Raya

As salam...wauuuuuu sudah 25 Ramadhan....Ramadhan hampir meninggalkan kita...sedihnyaaaa.. Adakah kita akan dapat menikmati suasana Ramadhan di tahun hadapan ya....insyaallah..mudah-mudahan masih lagi diberi kesempatan olehNYA. Dapatkah kita mendengar lagu-lagu raya untuk Syawal akan datang??? 

Nak kongsi lagu raya kegemaran kak ham antara yang paling nostalgia walaupun lagu lama tapi memang sedap mendengarnya.
 Tq google.

Junainah M Amin (kakak kepada penyanyi utama kumpulan nasyid Al Mizan)

Suasana Di Hari Raya

Kutukarkan bajumu yang baru
Ramailah kawanmu yang telah menunggu
Cepatlah siap adikku

Panggillah kawanmu duduk keliling meja
Makanlah ketupat kuih-muih yang ada
Jangan rebut-rebut makanlah dengan tertib
Itulah pesan ibu

( korus )

Kalau sudah makan jalan ramai-ramai
Bersama kawanmu semua
Bersalam-salaman bermaaf-maafan
Di hari bahagia ini

Alangkah girangnya di hari yang mulia
Kita semua berhari raya
Dengan hati ikhlas zahir batin sekata
Selamat hari raya
There was an error in this gadget