Wednesday, July 27, 2011

Bermaaf Maafan Menjelang Ramadhan

 Gambar ihsan google


 Doa Malaikat menjelang Ramadhan..........
"Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri (jika sudah berkahwin)
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalahRasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.


Dengan rasa rendah diri saya terlebih dahulu mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak disengaja maupun yang disengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah...
Sesungguhnya yang baik baik itu datang dari DIA.....yang buruk itu dari saya sendiri....

Friday, July 22, 2011

Pre Ramadhan Food Taste di KGSAAS

Salam Jumaat....sejuknya pagi.....seronoknya..

Semalam petang kak ham pergi ke Kelab Glof Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam sempena mendapat jemputan dari pihak F&B KGSAAS untuk majlis Pre Ramadhan Food Taste. Wah tepat jam 6.00 petang terus punch out dari ofis mengedek menuju ke KGSAAS bersama dengan seorang lagi rakan sepejabat kak ham (Khariah aka kak jemah) yang memang satu kepala dengan kak ham....menjadilah misi kami. 
 Gambar ihsan dari google
Sampai je situ terus cari parking kemudian menuju ke kaunter majlis terus daftar dapat meja no.11. Lepas tu kak ham pun mencari la Cik Kareena Salleh (Bhg F&B) sebab dia yang jemput kak ham melalui panggilan hp so kenalah kita jumpa tuan rumahkan, wah macam jemputan VVIP pulak, siap dapat layanan VVIP, wah kagum sekejap.
 Gambar ihsan dari google
Dan misi seterusnya, apalagi makan la.... alhamdulillah ini dkira rezeki sempena birthday kami ber2 la jugak (20 July dan 21 July)...betul tak Kerry aka kak jemah.....amboiiii beronggeng kita malam tadi ekkk..Bila dah selesai semua makan dijamah, kami ber2 pun angkat kaki la nak balik.  Tetapi singgah sekejap kat Secret Recipe di Glenmarie beli kek pulak. Kemudian hantar si Kerry akak kak jemah ke ofis suaminya di kawasan glenmarie juga, dan kak ham terus menuju ke Federah Higway, alhamdulillah sampai rumah dalam pukul 9.30 malam.

****Disini kak ham mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Cik Kareena (F&B KGSAAS) sudi menjemput kak ham ke majlis berkenaan dan juga kepada Kerry aka kak jemah di atas pemberiaan kek dari Secret Recipe itu.

Thursday, July 21, 2011

Thank You All

As salam...semoga semuanya ceria di pagi Khamis ini.

Semalam hari Rabu 20 Julai 2011 telah berlalu meninggalkan seribu kenangan manis buat diri kak ham. Sungguh amat terharu apabila mendapat ucapan Selamat Menyambut Hari Lahir dari semua rakan-rakan di alam maya, rakan taulan di pejabat, di fb, saudara mara, kakak2, adik2, rakan-rakan sekolah juga dari suami tercinta, anak-anak yang disayangi termasuk sekenit kak ham siapa lagi si ATIAH (siap nyanyi lagu Happy Birthday to u - ada rakaman tp xsempat download), kawan-kawan sekolah dan kawan-kawan fb anak2ku dan juga semuanya. Juga melalui sms dan panggilan telefon.

Kak ham ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua, tanpa anda semua siapalah kak ham insan yang terlalu kerdil.

Terimalah sekeping kad tanda terima kasih untuk anda semua.

Ampun dan maaf kepada rakan-rakan di fb, kak ham belum sempat lagi nak meninjau fb, tetapi dapat membaca melalui email.

Wednesday, July 20, 2011

20 Julai..........My Brithday

Alhamdulillah..hari ini merupakan hari ulangtahun kelahiran kak ham...syukur masih lagi diberi peluang untuk bernafas di bumi ini.....masih lagi diberi peluang untuk memperbaiki kelemahan diri serta mempersiapkan diri untuk mencari bekalan/saham di alam kubur/barzakh dan perjalanan menuju  ke alam yang kekal abadi sebelum dipanggil menghadap Illahi....sesungguhnya masih banyak lagi amalan kebaikan yang perlu dicari...ingat 5 perkara sebelum 5 perkara....

Kita semua pasti akan dijemput kembali kepadaNYA tanpa kita ketahui masa dan ketika.......

Apa2pun kak ham nak nyanyi utk diri sendiri boleh gitu...Happy Brithday To Me...Happy Birthday To Me...Happy Birthday To Me...Happyyyyyyyyy Birthdayyyyyyyyy Tooooooooo Meeeeeeeeeeeeee...

Senyum...Senyum...tak perlu kata-kata apa....Senyummmmmmmmmmm

Tuesday, July 19, 2011

Sekali Lagi

As salam...selamat pagi semua...hari ini kak ham nak kongsi cerita tentang filem Sekali Lagi yang dah ditayangkan di pawagam pada 30 Jun lepas. Kak ham cuba cari masa yang sesuai untuk menonton filem ni, alhamdulillah....akhirnya tercapai juga hasrat dihati ini...sukaaaaaaaa sangatttttt:).

Filem ini dilakonkan oleh Lisa Surihani, Sam Shaheizy Sam, adik Mia Sara Nasuha dan beberapa yang lain. Bila kak ham tengok tajuk filem ni hati kak ham terus berkata...aku mesti tengok cite ni. Kak ham sendiri pun tak tau kenapa kak ham nak sangattttttttt menonton filem Sekali Lagi sedangkan sebelum2 ni kak ham xkisah sangat kalau xdapat menonton. Tapi bila kak ham dah menonton filem ni baru la kak ham dapat jawapannya. 

Yesssssssss i loved this story..:).
 Gambar ehsan dari google

Monday, July 18, 2011

Dah Lemau Ke???????????


As salam..hadoiiiiiiiii lamanya tuan rumah menyepi ya...ayat power adalah kerana kesibukan masa...tp hari ni barulah berkesempatan menjenguk rumah maya ni...tuan rumah kadang2 jadi "silent reader" menziarah/menjenguk rumah maya kawan-kawan tau....

Banyak cerita-cerita yang nak dituliskan atau dikongsi di rumah maya ni tapi kena senaraikan dulu mana yang perlu didulukan :D...

Tuan rumah curi skit masa waktu kerja ni...sambil-sambil bersihkan rumah maya yang dah hampir pupus ni atau dah macam lemau je ..kesiannya..:(
Nanti bila senang-senang tuan rumah akan story mory di sini ya...layan je la gambar-gambar yang tidak ada kena mengena langsung ni.......wassalam..
There was an error in this gadget