Wednesday, March 9, 2011

Surah Penawar




Surah ini paling pendek, hanya  mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih  putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi  iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita  amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan  berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika  sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah  dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir  itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita  akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya,  hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya  sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

********************Sekadar berkongsi maklumat untuk kita semua********************

Tuesday, March 8, 2011

27 Tahun Berpisah

Dari kiri: Midah, Maznah, Shariha, Shila, tuan blog, (depan sekali Zakiah) dan Zaiton



Terima kasih kepada Ustazah Halimah di atas kebenaran utk kami2 melawat kawasan sekolah
Perjumpaan diadakan di Rumah Rehat Teluk Intan (sebelah kanan tu Aziah Yusof, di belakang tu Midah)
Assalamualaikum..........untuk n3 kali ini..meh kita layan gambar-gambar RU XConvent Teluk Intan setelah 27 tahun kami berpisah, akhirnya dapat jua kami-kami berjumpa kembali rakan-rakan sekolah di tahun 1984.

Alhamdulillah......Sepertimana yang dirancangkan oleh kami-kami di dalam laman FB......tanggal 5 Mac 2011, kami dapat berkumpul semula walaupun hanya sebahagian kecil sahaja yang dapat menghadirkan diri.  Rasa teramat gembira sekali bila kami dapat berjumpa semula...tiada kata yang dapat diluahkan, seronok sangat. Masing-masing bercerita kenangan ketika di bangku sekolah, kisah keluarga serta anak-anak dan ada yang akan menerima menantu dalam masa terdekat ni. 

Apa2pun pertemuan ini amat bermakna bagi kami, hati terlalu sebak apabila waktu dah menunjukkan hampir 5.00 petang, bila masing-masing terpaksa mengundurkan diri.

Akhir kata semoga kita dapat berjumpa lagi dengan lebih ramai lagi kawan-kawan dapat sama menghadirkan diri di pertemuan akan datang....insyaallah.

Thursday, March 3, 2011

03 03 2011 ::HAPPY BIRTHDAY ATIAH::

Assalamualaikom..................hari ini merupakan hari lahir budak nakal ni...hari ini genaplah budak nakal ni berusia 3 tahun...budak nakal yang banyak akal....banyak cakap.....kenalakan budak kecik ni membuatkan kami sekeluarga merindui kerenah dia setiap masa....menceriakan suasana di rumah...terlalu cepat masa berlalu........ budak nakal semakin membesar....

Pagi tadi budak nakal ni pilih sendiri baju untuk dibawa ke rumah pengasuh...sambil2 berangan meniup lilin...dan menyuruh kami semua menyanyikan lagu Happy Birthday....sukanya dia...

Sabar ya dik...tggu abang yoi balik kita celebrate sama-sama tau....sayang atiah...
There was an error in this gadget