Tuesday, January 25, 2011

BORONG DRYPERS.....hahaha....BUKAN PAMPERS...huhuhu...

Salam di tengahari Selasa.........pagi tadi masa membaca suratkhabar ternampak iklan Pasaraya Giant promosi hari ini dan salah satunya adalah Drypers Wee Wee Dry Mega Pack Baby Drypers Saiz M84,L72&XL60 = RM30.68 setiap satu (Terhad setiap pelanggan dibenarkan TIGA (3) pack SAHAJA - TODAY ONLY).

Credit to Google

Harus pergi ke GIANT hari ini nak memborong berpack-pack sekali harung, wahai suami dan anak-anak dara ku...ke GIANT kita memborong pampers ya....

Saturday, January 22, 2011

MASTERS

Hi!
See the masters..Have a good laugh or may be smile wide ear to ear.
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~

~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~

Friday, January 21, 2011

The Lucky Followers.................57


Salam di malam Sabtu yang dingin......jeng jeng jenggggg..........alhamdulillah kira ini rezeki yang bakal diperolehi oleh followers blog Keluarga Airuti buat julung-julung kalinya....

Jadi kepada followers yang ke57 itu harap dapat menghubungi kak ham melalui email: jhamsiah@gmail.com untuk urusan penghantaran hadiah ya...tahniah kerana anda terpilih.....
Sekian terima kasih........majulah sukan untuk negara.......lebihkan manis dalam senyuman.......berhati-hati dijalanraya.....1 Malaysia....rakyat didahulukan...pencapaian diutamakan...cemerlang..gemilang...terbilang...warna merah lambang keberanian.....budi bahasa budaya kita....

DREBO KAPEITEREBANG!!!

 
Salam di petang Jumaat yang terang benderang cuacanya....semoga berpanjangan cuaca cantik sampai ke petang....jadi tak perlu nak meredah hujan bila balik kerja nanti....
Ni ha ada cerita kelako/pengajaran untuk kita semua...kak ham dari melalui email, kita kongsi la cerita ni ya...

Majid, seorang pemuda yang masih bujang, pendiam dan amat pemalu. Pada hari raya yang lalu, Majid telah berkunjung ke rumah rakannya. Dalam perjalanan menuju ke rumah rakannya, Majid telah terpandang seorang gadis yang dikenalinya semenjak sekolah lagi. Hatinya telah terpikat, dan berhasrat untuk memperisterikannya.

Majid telah menyuarakan hajatnya kepada kedua orang tuanya, dan menunjukkan lokasi rumah gadis tersebut supaya senang kedua ibubapanya hendak pergi meminang nanti. Selepas itu, Majid pun pulang ke bandar dan meninggalkan urusan tersebut kepada orang tuanya.

Selang beberapa hari, kedua orang tua Majid telah mengunjungi rumah gadis tersebut untuk tujuan merisik. 
 
Setelah beberapa lama bersembang, bapa gadis tersebut pun bertanya kepada ibu bapa Majid…

 Bapa Gadis : Yang sebenornyer, amende ke hajat aokme berdua ni datang ke rumoh kome yak buruk ni?...
 
Bapa Majid : Ye la.. dari tadi beborok, tak nyer kabor mender hajat yer.. Ha, moknyer.. Ace kabo ke hajat si Majid te
 

Emak Majid : Gini la.. yang sebenornyer, anok bujang kome te, dah terbekenan dengan anok dara aokme.. jadinyer kome ni nok la nanyer, dah ander ke orang yang punya? Kala belum ander, kome nok la merisik-risik…
   

Emak Gadis : Ooo.. kesohnyer, kome ni pun tok kenei lagi dengan anok deme te… Mende kerjanyer?....
 

Emak Majid : Ntoh.. keh ni tk berapa reti nok nyebut base omputih.. keknye base Melayunyer.. dia kabo keje drebo jer…
 

Emak Gadis : Oooo.. Drebo jer..(Mencebek selalu).. Gini la.. yak sebenornyer, anok kome te.. sebenornyer, dah ander orang meminang.. (Dah setat buat pedooh…) Budok jantan te keje opisboi kat Pejabat Tanoh te…
 

Bapa Gadis : Ha'ah.. (Menyokong..) Kome pon mintok maah la yer, mendenyer aokme ni pon tok tau yak anok kome te dah ander yak mintok… Kiranyer takde jodoh la.. Nok goner kan yer….
 

Bapa Majid : Ye la.. Mengkala dah gitu, kome pon tak buleh la nok buat mende.. Mende anok kome pon tok setarah dengan anok aokme.. Nanti la kome kabo ke anok bujang kome nanti…
 

Emak Gadis : Ye la.. memang tok setarah lalu... Anok kome kerani pejabat loyar.. anok deme drebo..
 

Lalu kedua ibu bapa Majid pun memohon untuk berundur. Selesai bersalaman, sedang mereka menuruni tangga, emak gadis tersebut pun bertanya…
 

 Emak Gadis : Drebo mende anok aok te?.. Lori Balok ke Lori Bijih…?
 

Emak Majid : DREBO KAPEITEREBANG!!! (Sambil masuk ke dalam kereta..)....

NOTE: MORAL OF THE STORY!!!!!!!!!

Thursday, January 20, 2011

*KEROJE*

Salam di petang khamis.....meh kita nyanyi lagu kanak-kanak riang ribena nak....dah lama xnyanyi lagu ni...
 Bangun pagi
 Gosok gigi
Cuci muka
 Terus mandi
Pakai Baju....Minum Kopi.....
Semu Gambar copy paste dari google

Hidup enjin kereta...pergi kerjaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.........ya gua kena datang kerja hari ini sehingga la ke hari Ahad nanti...kerjaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ...................

Wednesday, January 19, 2011

::KETUPAT::

Salam sayang semua.....
Sumber gambar ketupat dari nonadita.com
SALAH satu sikap buruk yang ada pada manusia adalah mengumpat atau mengatakan perihal seseorang. Ada antara kita terutamanya golongan wanita cukup suka mengumpat.

Setiap hari ada sahaja perkara yang mahu diumpatkan dan paling mereka suka apabila ia berkaitan dengan rumahtangga atau hal peribadi seseorang.

Kalau yang diumpatkan itu musuh mereka maka semakin bersemangatlah mereka mengumpat sehingga akhirnya tanpa mereka menyedari mereka tergolong dalam golongan yang melakukan fitnah.

Rasulullah SAW menjelaskan mengenai mengumpat seperti mana sabda baginda yang bermaksud:

Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya. (riwayat Muslim)

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.

Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya di akhirat.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat.
(riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibban)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri. (riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud:

"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".

Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia.

Maka, dia berkata kepada Allah:

"Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab: "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberi kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat kelak.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

Justeru tinggalkan amalan buruk berkenaan. Janganlah kita melampaui batas apabila kita tidak menyukai seseorang sehingga kita sanggup memburuk-burukkkannya di belakang.
Ingatlah setiap apa yang kita lakukan pasti ada pembalasan sama ada ia perbuatan baik atau sebaliknya.

pssstt...renung2kan...selamat beramal....:)

Thursday, January 13, 2011

Lidah Lebih Tajam Dari Mata Pedang

Salam di petang Khamis yang agak muram cuacanya di kawasan ofis kak ham ni... sekadar berkongsi email yang kak ham dapat pagi tadi.......
 
Nak dengar satu cerita tak?
 
Kenapa Allah menghilangkan lidah ikan?
 
Rasululllah s.a.w bersabda: " sejahat-jahat manusia pada hari kiamat nanti ialah orang yang bermuka dua. Barangsiapa bermuka dua di dunia maka di hari kiamat kelak dia akan mempunyai dua lidah dari lidah api neraka jahannam ".
 
Sabda Rasulullah s.a.w lagi: " tidak akan masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita ".
 
Pabila ditanya apa hikmahnya, Baginda s.a.w menjawab: " sesungguhnya Allah s.w.t  telah menciptakan semua makhluk itu mempunyai lidah, sama ada yang boleh berkata-kata ataupun yang tidak boleh berkata-kata. "
 
Salah seorang sahabat pun bertanya, " kenapa ikan tidak mempunyai lidah? "
 
Sabda Rasulullah s.a.w: " Setelah Allah selesai menciptakan Adam a.s. maka diperintahkan sekelian malaikat agar tunduk sujud kepadanya. Semua malaikat patuh pada perintah itu kecuali iblis laknat. Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya serta mengusirnya keluar dari syurga dan dihapuskan rupanya yang elok itu lalu dihantar iblis itu ke bumi. Apabila diturunkan ke bumi, iblis terus menuju ke laut. Pertama sekali yang dijumpai oleh iblis ialah ikan. Iblis pun menceritakan akan keburukan serta kekurangan Adam kepada ikan, katanya, "sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang-binatang yang ada di lautan dan juga di daratan". Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s. Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkannya lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya. "
 
Oleh itu, marilah kita "jaga" lidah kita supaya tidak hilang seperti lidah ikan. Berkatalah yang baik,  kerana kata-kata yang baik itu adalah sedekah.

Wednesday, January 12, 2011

Meneka Dalam Kesamaran

Salam di pagi Rabu semua.....ehem..ehemm..ehemmmmmmm....dah bf ke? Kak ham setakat ini tidak sempat nak bf pun...minum air nescafe je...kat ofis ari ni ada bengkel, jadinya agak sibuk membawa sampai ke malam nanti.

Ok kita street to the point...N3 pagi ni hanya sekadar nak berkongsi dengan semua gambar yang kak ham masukkan ini adalah gambar ketika kak ham di sekolah rendah dan masa ini kak ham berada di darjah lima. Zaman kanak-kanak riang lagi ni....masa dulu peperiksaan penilaian akan dinilai ketika berada di darjah lima tau. Tapi kak ham dapat keputusan ujian penilaian ni 3B 2C...sederhana aje...

Ini adalah antara kawan-kawan sekelas kak ham ketika itu, mana yang kak ham ingat nama dorang tu kak ham masukkan. Yang lelain tu kak ham dah xingat la...maafla ya....berpuluh tahun dah ditinggalkan zaman kanak-kanak riang ni...apa2pun kak ham masih lagi ingat situasi zaman kanak-kanak riang dan guru kelas kami ialah Puan Halijah..orangnya kecik molek dan berkaca mata...sehingga saat ini kak ham masih mengingati wajah beliau begitu juga dengan guru-guru yang lain.

Apa2pun kak ham mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru-guru yang telah mencurahkan ilmu kepada kami, jasa baik semua guru-guru memang tidak dapai dinilai dengan duit semoga ALLAH melimpahkan seribu rahmat kepada guru-guru sekelian.
 Cuba teka yang mana satu wajah kak ham?


Kawan-kawan sekelian saya rindu anda dan semua guru-guru yang mendidik saya sehingga saya berjaya menjadi seorang insan berjaya.

Thursday, January 6, 2011

Sayang Sudah Terlambat....

Assalamualaikum w.b.t.........

Kembali ke udara setelah lebih seminggu menyepi, agak sibuk di hujung tahun 2010 lepas...sibuk pelbagai-bagai urusan yang tidak pernah habis.

Apa2pun masih sempat lagi mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011, biarlah lambat asal selamat, berhati-hati di jalanraya, majulah sukan untuk negara.

Psst...wa chau dulu ya....ada solat hajat kat ofis hari ini
There was an error in this gadget