Thursday, November 17, 2011

10.11.2011~Kehilangan~

Assalamualaikum...

Ingin meluahkan kesedihan kak ham di atas pemergian ibu mertua yang dikasih pada 10.11.2011 jam 3.15 petang. Mak menghembuskan nafas terakhir di rumahnya setelah pihak hospital menasihati agar dibawa pulang ke rumah.

Emak telah dimasukkan ke hospital pada Isnin, 31hb Oktober 2011 setelah mengadu sakit perut dan keluar darah seperti darah datang bulan. Keesokan harinya (Selasa) pihak hospital telah memaklumkan emak perlu dibedah untuk mengetahui punca pendarahannya. Pihak hospital mendapati usus kecil emak telah luka dan dijangkiti bakteria.

Setelah pembedahan berjaya dilakukan, emak ditempatkan di wad ICU kerana keadaan emak amat kritikal selamat tiga hari, dan hari ke empat, emak telah dipindahkan ke wad biasa tapi keadaan emak masih tidak stabil. Keadaan emak semakin hari semakin tenat sehinggalah pihak hospital meminta emak dibawa pulang.

Alhamdulillah segala urusan untuk arwah emak berjalan dengan lancar dan wajah emak amat cantik sekali dan berbau sangat wangi. Tidak puas-puas kami mengucup emak. Kini emak telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.

Tak boleh nak menaip lagi, tidak tertahan air mata ini.......

AL FATIHAH BUAT EMAK, HINDUN JALIL.....SEMOGA ROH ARWAH EMAK DICUCURI RAHMAH DAN DITEMPATKAN BERSAMA GOLONGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN.........


2 comments:

  1. Alfahehah buat arwah,semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman Aminn,Salam takziah buat akak sekeluarga

    ReplyDelete
  2. Alfatihah buat arwah..moga akak sekeluarga tabah...

    ReplyDelete

There was an error in this gadget