Thursday, August 11, 2011

Standby.....3..2..1..........Action

Assalamualaikum semua....

Kak ham sebenarnya tumpang gembira dengan kakak kita ni, di mana beliau akan muncul di TV3 hari ini dalam rancangan Wanita Hari Ini. Kakak kita ni memang kreatif orangnya. Kak ham memang suka tengok hasil sentuhan tangan, sungguh cantik mahupun dari segi menghias rumah. Memang kelas ko kak bedah...

Sebenarnya kakak kita ni dah bagi tahu kat kak ham tentang risikan org TV3 untuk menjemput beliau ke rancangan Wanita Hari Ini dari minggu lepas lagi. Malam tadi pun kak ham keluar dengan kakak kita ni sebab agak dah lama dah jumpa ngan kakak kita ni. Rasa puas hati sangat dapat jumpa kakak kita ni yang sentiasa nampak muda dan senyuman dia yang manis itu. Rasanya semua tahu kan siapa yang kak ham maksudkan ya.

 Kak Intan dan suaminya, Abang Din

1 comment:

  1. Assalam Kak Ham..oh ya ka....nanti nak cuba tengoklah....selalu terlupa ....!Jarang buka TV sebab suka baca buku cerita!

    ReplyDelete

There was an error in this gadget