Monday, August 15, 2011

Puding Roti Berkrim

As salam...15 Ramadhan kini....hari ini nak kongsi juadah pencuci mulut untuk berbuka kelmarin ......

Sebenarnya hari-hari masak untuk berbuka....belum sempat pun singgah Pasar Ramadhan....

Resepi ni dapat internet dah lama sangat, maaf kepada tuan punya resepi sebab lupa siapa tuan punya, sila hubungi saya jhamsiah@gmail.com.

Apa-apapun terima kasih kepada tuan punya resepi, izinkan berkongsi resepi ini disini...

Puding Roti Berkrim
*500ml susu segar (kak ham guna susu atiah)
*2 biji telur ayam
*5 sb gula (kak ham kurang kepada 3 sb)
*1/2 sudu teh garam
*1 sb serbuk cinnamon (kak ham guna 1 sudu teh je, kalo xde omit )
*1st essen vanilla
*2 sb butter cair
8 keping roti gardenia
Coklat chips utk hiasan

Semua yang bertanda * diblendkan, bila dah sebati tuangkan ke dalam loyang dan rendamkan roti sebentar (10 minit) kemudian tabur coklat chips atau kismis. Bakar selama 30 minit, kepanasan 180 tapi kak ham tambah 10 minit bagi garing. Dah siap sejukkan.

Sos Kastard
200ml susu cair
2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula

Campurkan semua ke dalam periuk, dan jerang atas api sambil dikacau. Sejukkan.

4 comments:

  1. as salam kak..nak ty susu atiah tu susu ape ek??

    tq
    ija

    ReplyDelete
  2. kak ham, sib baik atiah masih menyusu, kalo x kene beli susu kat kedai... ekekekeke... sedap tu kak... huhuhu

    to ija, ni nk tlong jawap soklan tu, susu atiah tu susu anak kak ham yg masih minom susu... ;)

    ReplyDelete
  3. sempat memuding ye kak ham.hehhehe..saya bulan2 puasa ni duk masak kuih2 tradisi je..keeke..semua kuih duk teringin....rasanya dah sepokok daun pisang duk guna...hehhehe...

    dah besar anak akak..tomei....:)

    ReplyDelete
  4. kakakkk..
    Susu atiah...hmmm
    atiah masih nenen maknyer tak?? Hahaha

    Kelakar giler nama2 kuih bawah tu kak hahaha

    ReplyDelete

There was an error in this gadget