Friday, July 22, 2011

Pre Ramadhan Food Taste di KGSAAS

Salam Jumaat....sejuknya pagi.....seronoknya..

Semalam petang kak ham pergi ke Kelab Glof Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam sempena mendapat jemputan dari pihak F&B KGSAAS untuk majlis Pre Ramadhan Food Taste. Wah tepat jam 6.00 petang terus punch out dari ofis mengedek menuju ke KGSAAS bersama dengan seorang lagi rakan sepejabat kak ham (Khariah aka kak jemah) yang memang satu kepala dengan kak ham....menjadilah misi kami. 
 Gambar ihsan dari google
Sampai je situ terus cari parking kemudian menuju ke kaunter majlis terus daftar dapat meja no.11. Lepas tu kak ham pun mencari la Cik Kareena Salleh (Bhg F&B) sebab dia yang jemput kak ham melalui panggilan hp so kenalah kita jumpa tuan rumahkan, wah macam jemputan VVIP pulak, siap dapat layanan VVIP, wah kagum sekejap.
 Gambar ihsan dari google
Dan misi seterusnya, apalagi makan la.... alhamdulillah ini dkira rezeki sempena birthday kami ber2 la jugak (20 July dan 21 July)...betul tak Kerry aka kak jemah.....amboiiii beronggeng kita malam tadi ekkk..Bila dah selesai semua makan dijamah, kami ber2 pun angkat kaki la nak balik.  Tetapi singgah sekejap kat Secret Recipe di Glenmarie beli kek pulak. Kemudian hantar si Kerry akak kak jemah ke ofis suaminya di kawasan glenmarie juga, dan kak ham terus menuju ke Federah Higway, alhamdulillah sampai rumah dalam pukul 9.30 malam.

****Disini kak ham mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Cik Kareena (F&B KGSAAS) sudi menjemput kak ham ke majlis berkenaan dan juga kepada Kerry aka kak jemah di atas pemberiaan kek dari Secret Recipe itu.

2 comments:

  1. Salam Kak Ham...Alhamdulillah..rezeki....

    ReplyDelete
  2. wsalam nenie....alhamdulillah rezeki jgn ditolak..:)

    ReplyDelete

There was an error in this gadget