Tuesday, March 8, 2011

27 Tahun Berpisah

Dari kiri: Midah, Maznah, Shariha, Shila, tuan blog, (depan sekali Zakiah) dan Zaiton



Terima kasih kepada Ustazah Halimah di atas kebenaran utk kami2 melawat kawasan sekolah
Perjumpaan diadakan di Rumah Rehat Teluk Intan (sebelah kanan tu Aziah Yusof, di belakang tu Midah)
Assalamualaikum..........untuk n3 kali ini..meh kita layan gambar-gambar RU XConvent Teluk Intan setelah 27 tahun kami berpisah, akhirnya dapat jua kami-kami berjumpa kembali rakan-rakan sekolah di tahun 1984.

Alhamdulillah......Sepertimana yang dirancangkan oleh kami-kami di dalam laman FB......tanggal 5 Mac 2011, kami dapat berkumpul semula walaupun hanya sebahagian kecil sahaja yang dapat menghadirkan diri.  Rasa teramat gembira sekali bila kami dapat berjumpa semula...tiada kata yang dapat diluahkan, seronok sangat. Masing-masing bercerita kenangan ketika di bangku sekolah, kisah keluarga serta anak-anak dan ada yang akan menerima menantu dalam masa terdekat ni. 

Apa2pun pertemuan ini amat bermakna bagi kami, hati terlalu sebak apabila waktu dah menunjukkan hampir 5.00 petang, bila masing-masing terpaksa mengundurkan diri.

Akhir kata semoga kita dapat berjumpa lagi dengan lebih ramai lagi kawan-kawan dapat sama menghadirkan diri di pertemuan akan datang....insyaallah.

2 comments:

  1. "happy besday Atiah"..semoga pjg umur,murah rezeki,semakin comel & ceria selalu..

    Bila kak ham gede2 tu?sekolah tue yg dekat TF ker?tapi masuk dalam kan.klu atie x silap lar..

    ReplyDelete
  2. atie...gede ni hari Sabtu lepas 5 Mac 2011..sekolah ni kat belakang The Store Teluk Intan...

    ReplyDelete

There was an error in this gadget