Wednesday, January 12, 2011

Meneka Dalam Kesamaran

Salam di pagi Rabu semua.....ehem..ehemm..ehemmmmmmm....dah bf ke? Kak ham setakat ini tidak sempat nak bf pun...minum air nescafe je...kat ofis ari ni ada bengkel, jadinya agak sibuk membawa sampai ke malam nanti.

Ok kita street to the point...N3 pagi ni hanya sekadar nak berkongsi dengan semua gambar yang kak ham masukkan ini adalah gambar ketika kak ham di sekolah rendah dan masa ini kak ham berada di darjah lima. Zaman kanak-kanak riang lagi ni....masa dulu peperiksaan penilaian akan dinilai ketika berada di darjah lima tau. Tapi kak ham dapat keputusan ujian penilaian ni 3B 2C...sederhana aje...

Ini adalah antara kawan-kawan sekelas kak ham ketika itu, mana yang kak ham ingat nama dorang tu kak ham masukkan. Yang lelain tu kak ham dah xingat la...maafla ya....berpuluh tahun dah ditinggalkan zaman kanak-kanak riang ni...apa2pun kak ham masih lagi ingat situasi zaman kanak-kanak riang dan guru kelas kami ialah Puan Halijah..orangnya kecik molek dan berkaca mata...sehingga saat ini kak ham masih mengingati wajah beliau begitu juga dengan guru-guru yang lain.

Apa2pun kak ham mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru-guru yang telah mencurahkan ilmu kepada kami, jasa baik semua guru-guru memang tidak dapai dinilai dengan duit semoga ALLAH melimpahkan seribu rahmat kepada guru-guru sekelian.
 Cuba teka yang mana satu wajah kak ham?


Kawan-kawan sekelian saya rindu anda dan semua guru-guru yang mendidik saya sehingga saya berjaya menjadi seorang insan berjaya.

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget