Thursday, November 17, 2011

10.11.2011~Kehilangan~

Assalamualaikum...

Ingin meluahkan kesedihan kak ham di atas pemergian ibu mertua yang dikasih pada 10.11.2011 jam 3.15 petang. Mak menghembuskan nafas terakhir di rumahnya setelah pihak hospital menasihati agar dibawa pulang ke rumah.

Emak telah dimasukkan ke hospital pada Isnin, 31hb Oktober 2011 setelah mengadu sakit perut dan keluar darah seperti darah datang bulan. Keesokan harinya (Selasa) pihak hospital telah memaklumkan emak perlu dibedah untuk mengetahui punca pendarahannya. Pihak hospital mendapati usus kecil emak telah luka dan dijangkiti bakteria.

Setelah pembedahan berjaya dilakukan, emak ditempatkan di wad ICU kerana keadaan emak amat kritikal selamat tiga hari, dan hari ke empat, emak telah dipindahkan ke wad biasa tapi keadaan emak masih tidak stabil. Keadaan emak semakin hari semakin tenat sehinggalah pihak hospital meminta emak dibawa pulang.

Alhamdulillah segala urusan untuk arwah emak berjalan dengan lancar dan wajah emak amat cantik sekali dan berbau sangat wangi. Tidak puas-puas kami mengucup emak. Kini emak telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.

Tak boleh nak menaip lagi, tidak tertahan air mata ini.......

AL FATIHAH BUAT EMAK, HINDUN JALIL.....SEMOGA ROH ARWAH EMAK DICUCURI RAHMAH DAN DITEMPATKAN BERSAMA GOLONGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN.........


Wednesday, October 12, 2011

~Ce Teka....Ce Teka....Ce Teka~


Agak-agak yang mana tangan anak dara dan yang mana tangan mak dara....

Sementara makanan yang di'order' sampai, tetiba idea datang... tinggggggg...mengambil gambar jam tangan masing-masing masa akak dan anak2 dara pegi ke Mamak Corner pekena teh tarik dan roti canai banjir...

Tuesday, October 11, 2011

Debaran Pertama Dah Berlalu, Debaran Seterusnya............



Fuuuhhhhhhhhh lega, debaran anak dara menduduki peperiksaan PMR dah hilang.

Kini debaran anak teruna pulak untuk peperiksaan SPM pulak.

Huwaaaaaaaaaaaa mahu nangis woooo....nothing much to says...hanya berdoa pada DIA yang satu semoga dipermudahkan segala-galanya...amin

Monday, October 10, 2011

~!Monday Blues!~


Do not walked in front of me, i'm may not be able to follow 

Do not walked behind me, i'm may not be able to lead 

Just walked with me and BE MY FRIEND..........

**Sudi2kanlah ambil award ni dah letak kat blog kawan-kawan semua ya, jutaan terima kasih semua....love u all...muahhhhhhhhhh

Friday, October 7, 2011

Nak jugakkkkkkkkkk.....~_~

As salam...fuyooooooooo....raya sakan tuan blog ya....fedulik....raya tetap raya.....ko ado....wawawaaaaaaaaaaaaa... Sebenar nak hilangkan gemuruh, gelodak dihati ini..semuanya serba xkena...anak yang duduk periksa, omaknya yang gabra...anak dara PMR...kemudian bulan depan anak teruna SPM pulak...lagi bertambahlah gabra...aduhaiiiiiiiiiiiiii..menggigil ada...macam-macam ada... Nak berceloteh pun....tidak ada idea....fuhhhhhhh memang mencabar betul tahun 2011 ni...

Jom kita layan gambar masa ofis akak buat open house sehari sebelum berakhir Syawal....nak jugakkkk walaupun Syawal sudah berlalu....akak fedulik apa....blog akak...akak punya suka la kan...huwaaahuwaaahuwaaa....
 Nak rotan montot dorg ni tau...
Kebanyakkan gambar-gambar raya ada di fb akak ya...macam-macam posing....yang dalam hp pun belum upload lagi...akak malassssssssssss

Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya

As salam di pagi Jumaat bersamaan 26 Ramadhan.......
 
Terimalah kad ini sebagai pengganti diri kepada semua pengunjung blog ini. 
 
Dikesempatan ini kak ham ingin memohon kemaafan dan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua pembaca blog ini (jika ada yang sudi membaca) rakan-rakan bloggers di mana sahaja anda berada, rakan taulan dan semua yang mengenali kak ham.

Insyaallah semoga kita dapat berjumpa lagi seminggu selepas Hari Raya

Thursday, August 25, 2011

Suasana Di Hari Raya

As salam...wauuuuuu sudah 25 Ramadhan....Ramadhan hampir meninggalkan kita...sedihnyaaaa.. Adakah kita akan dapat menikmati suasana Ramadhan di tahun hadapan ya....insyaallah..mudah-mudahan masih lagi diberi kesempatan olehNYA. Dapatkah kita mendengar lagu-lagu raya untuk Syawal akan datang??? 

Nak kongsi lagu raya kegemaran kak ham antara yang paling nostalgia walaupun lagu lama tapi memang sedap mendengarnya.
 Tq google.

Junainah M Amin (kakak kepada penyanyi utama kumpulan nasyid Al Mizan)

Suasana Di Hari Raya

Kutukarkan bajumu yang baru
Ramailah kawanmu yang telah menunggu
Cepatlah siap adikku

Panggillah kawanmu duduk keliling meja
Makanlah ketupat kuih-muih yang ada
Jangan rebut-rebut makanlah dengan tertib
Itulah pesan ibu

( korus )

Kalau sudah makan jalan ramai-ramai
Bersama kawanmu semua
Bersalam-salaman bermaaf-maafan
Di hari bahagia ini

Alangkah girangnya di hari yang mulia
Kita semua berhari raya
Dengan hati ikhlas zahir batin sekata
Selamat hari raya
There was an error in this gadget