Thursday, December 30, 2010

Kenapa............Mengapa.....!_!

Sekadar meluahkan perasaanku yang tidak keruan.........mengapa ya??? kenapa ya??

Perasaan terlalu sensitif....beremosi yang negatif....hilang rasa hendak berbicara...oooooooo tidakkkk.....kembalikan semangat ceria pada diriku ini....tolonggggggg...kembalikan semangat ceriaku.....

Adakah sesuatu petanda buruk akan berlaku.....??

Hanya DIA saja yang maha mengetahui....pasrah... redho.....apa juga kemungkinan.....segala-galanya dengan keizinan dari DIA maha satu..........

Monday, December 27, 2010

Jawan Tag Dari Mak Neng

As salam...selamat pagi Isnin...semoga semua ceria2 selalu ya...sarapan apa pagi ni? Kak ham belum sarapan lagi...sambil bw...sambil menjawab email kerja-kerja official...sambil layan lagu-lagu di sinar fm...stesen radio yang paling kak ham minat di waktu pagi..mendengar keletah abg jam, kak e dan khairil...mereka ber3 ni memang xkering gusi dibuatnya...ada aje modal mereka kan....memang layak pun sinar fm tercatat di tangga paling atas antara stesyen radion yang lain...tahniah sekali lagi sinar fm..:).

Ok..berbalik pada n3 menjawab tag dari Mak Neng aka kak intan, alahai terasa amat gembira kerana ada yang sudi mentagged kak ham...terima kasihhhhhhhh kak intan. Meh sini kita tengok apa jawapan kak ham ya..

1. SEJAK BILA ANDA MULA MEMASAK DAN APAKAH MASAKKAN PERTAMA ANDA?-
Kak ham mula memasak ketika sekolah menengah, masakkan pertama ialah masak air la...anak manja la katakan...kemudian baru mula belajar masak nasi...zaman pakai dapor kayu maklumlah orang susah dan kampungan.
 
2. SAPA YANG MENGGALAKKAN ANDA MASAK?
Orang yang menggalakkan ialah abang-abang kak ham... kemudian kak ham belajar masak lauk pauk, kuih muih bersama jiran2, kawan2, pastu dah tua bangka ni belajar dari MyResepi sehingga sekarang pun masih belajar memasak, pulak tu mendapat sokongan sepenuhnya dari suami tercinta dan juga anak-anak kak ham.
 
3.MASAKKAN YANG ANDA SUKA MASAK DAN DIGEMARI ORANG ORANG KESAYANGAN ANDA.
Suka memasak makanan yang digemari oleh keluarga tersayang dan menjadi kepuasan apabila apa yang dimasak mendapat feedback yang positif. Tapi suami kak ham akan makan apa saja yang dimasak melainkan berasaskan ikan sebab dia xmakan ikan.
 
4. TAG 5 ORANG YANG SERING BERKUNJUNG KEBLOG ANDA- 
Yang no.4 ni rasanya tidak perlula ya,  blog yang memang tidak menarik langsung, dalam ertikata blog perasan sendiri!!!!

Thursday, December 23, 2010

Muffin Coklat

Salam sayang semua.....ngantuk ya....sejuk je cuaca sekarang ni ya....

Meh kita makan muffin coklat ni sama-sama nak...kak ham buatkan nescafe kaw sekali ya sambil layan muffin coklat resepi hanieliza.blogspot.com yang mana bahan-bahannya amat senang dapat di dapur kita semua....jutaan terima kasih buat kak hanieliza di atas resepi muffin coklat itu.

Muffin coklat buat malam tadi  untuk jiran kak ham, jiran kak ham nak buat buah tangan untuk balik ke Kedah petang ni katanya. Apa2pun terima kasih kat Aniza yang sudi menempah muffin ni dengan kak ham.

Kak hanieliza izinkan saya copy paste resepi kat sini ya, jika ada yang nak mencubanya.

Muffin Coklat Chips
[30 biji muffin]
(sumber kak hanieliza.blogspot.com)
Bahan A
1 cawan butter (kak ham guna minyak jagung)
2 cawan susu segar (kak ham guna susu segar perisa coklat)
2 biji telur [pukul sedikit]
1 s/k esen vanilla

Bahan B
3 cawan tepung gandum ]
1/2 cawan serbuk koko ] ayak 2 kali
2 s/k baking powder ]
1/2 s/k soda bikarbonate ]
2 cawan gula perang
*** kak ham tambah serbuk nescafe dlm 1/2 sudu teh)
coklat chips secukupnya (kak ham gantikan badam cincang)
kertas muffin

Cara
1. Panaskan oven pada suhu 190'C selama 10 - 15 minit.
2. Alaskan kertas muffin dalam mangkuk muffin atau loyang muffin.
3. Masukkan Bahan B dalam mangkuk dan gaulkan rata.
4. Masukkan pula Bahan A dalam mangkuk Bahan B dan kacau rata gunakan whisker atau senduk kayu.
5. Masukkan dalam kertas muffin sehingga 3/4 mangkuk kertas.
6. Taburkan coklat chips diatas adunan.
7. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan selama 20 minit.
8. Sejukkan dan hidangkan
Muffin Coklat

Tuesday, December 21, 2010

Gantung Award/Tag

As salam semua....n3 hari ni kak ham hanya nak gantung award/tag dari ahkak kita yang serba boleh kepandaiannya itu....Kak Intan aka Mak Neng....terima kasih kak intan sebab sudi berkawan/bersahabat dengan saya. Semoga persahabatan kita yang terjalin ini berkekalan di dunia dan akhirat...amin.

Sudi2kanlah kepada sesiapa saja pengunjung di blog ini mengambil dan gantung award/tag ini di blog anda ya...terima kasih semua.

Pssstt....kak ham mengantukla..malam tadi pegi curi ayam.....

Monday, December 20, 2010

Hindari Kemarahan....

 Salam sejahtera di pagi Isnin....sekadar berkongsi info...untuk semua yang disayangi...
 
Anda sakit hati, tidak berpuas hati, bengang dan marah pada seseorang?.
 
Jangan mengikut nafsu perasaan dan emosi anda. Sebab situasi begini tidak akan dapat membantu apa-apa. Cuma akan merumitkan lagi. Hati akan bertambah sakit dan ada orang yang akan terluka dengan sikap kita. Jadi kawallah perasaan begini walau pun amat sukar sebenarnya.

Sikap marah adalah salah satu dari sikap-sikap negatif. Apabila kita suka marah-marah, berarti kita lebih banyak terdorong pada kenegatifan, fikiran kita negatif, kata-kata negatif walau pun kata-kata dalam hati. Bentuk diri supaya dapat mengawal kemarahan, marah adalah se-bahagian daripada diri  kita kerana marah itu adalah emosi kita. Biar kita mengawal marah dan bukan marah yang mengawal diri kita dan menukarkan diri kita seperti singa atau harimau garang.
 
Dalam  situasi begini pelbagai perkara akan terjadi sama ada akan tertonjol tentang aib orang lain atau diri kita sendiri yang mana tiada memberi apa-apa faedah, tapi yang jelas berkesan pada orang lain yang dapat menyaksikan siapa diri kita yang sebenarnya.
 
Marah sifat api yang menjadi pembinasa sebab api memakan semua yang dibakar olehnya. Juga dengan sifat pemarah akan membakar persahabatan, perhubungan adik beradik dan perhubungan cinta lalu menjadikan tidak bermakna lagi. Orang juga akan membenci dan takut untuk berkawan dengan sipemarah.
 
Ingatlah sifat pemarah itu merosakan iman, bagai barang yang pahit merosak madu. Apabila menahan marah akan beroleh kebijaksanaan. Kemarahan adalah terlalu buruk kiranya kita lepaskan pada orang lain, juga adalah kunci segala keburukan.

Marah adalah salah satu sifat mazmumah yang harus di jauhi supaya kita tidak termasuk dikalangan orang yang memiliki sifat tercela. Siapa yang tidak dapat kawal marah sebenarnya ia sedang dikuasai oleh hawa nafsu.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
" Tidaklah seseorang dikatakan pemberani dan kuat kerana cepat meluapkan amarahnya, tetapi seseorang dikatakan pemberani dan dan kuat kalau mampu menguasai diri dan nafsunya ketika marah."

Dari Abu Hurairah r,a, bahawasanya seseorang berkata kepada Nabi s.a.w,.  "Berilah aku wasiat?," Nabi s.a.w bersabda: "Janganlah engkau marah." Orang tersebut mengulangi permintaannya hingga beberapa kali, sedang Nabi s.a.w. bersabda "Janganlah engkau marah."
(Hadis Riwayat. Bukhari).

Thursday, December 16, 2010

Pssstt....Line Clear..Joommmmm

Wajah minachi kecik wajib ada ya....
Salam di pagi Rabu ehh betul ke Rabu....weiii Khamis la......mendung, disini  saya melaporkan cuaca agak suram di kawasan ofis, tapi diriku tetap ceria ceria seperti kicauan burung-burung.....waaaa kelas gitu....silala puji diri sendiri....memang dasar perahsantan....huwahaaaaaaaa gelak macam @%!$*^&.......

Nak cite pasal pegi makan Nasi Kandaq Line Clear Jalan Chowrasta Pulau Pinang.....termantoppppp wok...ko ado!!!! Memang ramai orang gila, siap beratur panjang tu....tapi kak ham dan rombongan (3 keluarga = 15 orang je) ..ayat tak boleh tahan..rombongan...gelak @%!$*^& lagi....pasang strategi...ketua keluarga kena beratur siap ambil order puan isteri dan anak-anak, manakala yang lelain cari tempat, senang banyak sikit. Tapi yang paling kelakarkan, abah kak ham mintak roti  canai...adoyaiii abahku...mana pulak nak cekau roti canai sebab kat Line Clear xde roti canai. Pujuk-pujuk sudahnya order nasi kandaq jugak untuk abah.

Ok layan gambar-gambar ya...kak ham nak pegi memerut ni...zassssssss
 Macha Juruwang/Kira Line Clear...glamer ko
Anak-anak abg long kak ham
Edy with kak ima dia (mamat klon ala2 nabil)
Ashraf (anak bongsu abg ngah kak ham) bongsu ke yap??
Yang sempat disnapkan gambar, sebab semua dah lapo sesangat
Atuk...roti canai yilek....
Uncle ni tukang masak ya....
Wajah-wajah ceria apabila perut sudah kekenyangan....
Auuummmmmm...ima control skit kelahapan itu....
Baru dengar suara-suara...tp si Edy..fedulik..soro kena tepat
Selepas mengambil segala lauk pauk sila tunjuk pinggan kat macha baju biru tu ya...kira dulu baru sapedek

Wednesday, December 15, 2010

Feeeewittttt....

Aiseh...ada awek la.....ini mesti adik beradik...;p

Layan je...mesti feremfuan sorang ni tengah sawan kot....terperahsantan la tu.....uwekkkk mau muntah lo...
Sebahagian gambar-gambar semasa percutian kak ham dan adik beradik ke Pulau Pinang awal bulan hari tu.

Tuesday, December 14, 2010

Sepetang di Bagan Datoh....*_^

Tajuk n3...poyo2 je ekkk....silalah muntah ijo...;p

Hari Ahad lepas (12.12.2010) kami sekeluarga menghadiri majlis persanding anak buah sebelah suami kat Bagan Datoh, Perak. Gerak dari Cheras dalam pukul 9.45, singgah kat R&R Jejantas Sg Buloh utk breakfast kat Kaya Kopitiam. Keluar exit Sungai Buloh terus menuju ke hala Kuala Selangor. Sampai rumah kenduri dalam pukul 1.00 tengahari. 

Lepak2an jumpa kedua2 pengantin, jumpa mak ayah pengantin, dan jumpa semua sedara mara, part jumpa saudara mara xboleh kejap2an...gossip2an panas byk tu....kak ham memang rapat ngan semua saudara mara xkirala sebelah kak ham ke..sebelah suami ke...kawan anak2 kak ham ke...semua boleh jadi kawan ..dah mcm kaknam pun ada. Gedebuk gedebak begitu begini dalam pukul 4 petang baru la nak gerak balik ke KL, itupun setelah suami tercinta memberi syarat. Kalau tidak mau sampai ke senja gossip2an.

Dialog di dalam kereta semasa nak gerak balik ...

Isteri yg disayangi: Abangggggg...jom kita singgah kat jeti bagan datoh nak?
Suami tercinta : jeti bagan datoh????? nak wat apa?
Isteri yg disayangi: alaaaa jomla..dah dekat sangat dah....isteri abang ni xpernah sampai ke sana lagi tau..teringinn sangat...jomlaaaa
Suami tercinta: ok. ok..ok..jom..tapi balik nanti drive pulak ya.
Isteri yg disayangi: ok..ok..arahan diterima....sayanggggggggggggggggg abang....terima kasih ..
note: saja bold watak isteri yg disayangi....(uwekkk....sila la muntah)
 Gambar-gambar sekitar di pekan Bagan Datoh, juga gambar kaknam junior

Monday, December 13, 2010

Salam Perkenalan~_~

Salam di pagi Isnin semua....dah pegi bercuti-cuti ke sempena cuti sekolah ni?  Kak ham sekeluarga dah tiap-tiap hujung minggu berjalan-jalan keluar dari pusat bandar Kuala Lumpur ni...insyaallah hujung minggu ni nak ke Melaka dan Negeri Sembilan pulak.

Ok la..n3 hari ini hanya untuk mengingati hari sejarah dalam hidup kak ham dan suami, dimana 13hb Disember adalah tarikh pertemuan pertama kak ham dan suami ketika itu. Hihihi seronoknya bila diingat2 balik bagaimana mula-mula kami berkenalan walaupun jodoh kami diatur oleh kedua2 orang tua kami. Masa kami berkenalan suami kak ham dah menetap di bandaraya Kuala Lumpur manakala kak ham pula bekerja di bandar Teluk Intan.  Kami hanya berhubung melalui telefon dari hari Isnin hingga Jumaat, kami hanya berpeluang berjumpa dalam ertikata dating hanya pada hari Sabtu (2 kali sebulan). Weiii sejarah tu...mmg seronokkan masa waktu bercinta...

Suami kak ham ni merupakan teman kak ham mengadu/berkongsi segala hal..suka duka pedih pilu...bermanja..bergaduh...dan dia tidak pernah jemu melayan karenah kak ham. Dialah jodoh kak ham yang sebenar walaupun ketika itu kak ham dah ada special boifren (abg TLDM) tapi bukan jodohku. Kelako ko...byk sejarah sebenarnya, tapi hanya dapat diceritakan sikit2 je. Nak kena buka diari lama pulak.

Meh kita tengok wajah kesayangan hamba ini yang dulunya dan sekarang memang handsome, kena puji lebih-lebih.....mesti suamiku membaca blog ini.... (abang ingat tak dulu ramai amoi2 ofis intan puji abang handsome kan....ingat tak?)

Friday, December 10, 2010

Hentam Saja Labu...

Salam tengahari Jumaat semua....kabare? Nyong waras west...meriang ni west apik...watuk2 sitik sat iki....hahaha...faham ke?...maksudnya...saya dah sihat....demamnya dah sembuh..cuma batuk2 skit je....

Dah lebih seminggu lebih kak ham xupdate blogkan...ada ke yang kisah??? Kak ham pegi bercuti ke sebelah utara nun...menghadiri kenduri kawin sepupu kak ham iaitu anak mak ngah sebelah arwah mak kak ham...dan satu2nya adik beradik arwah mak kak ham yang masih ada di dunia ini...terus menziarah pusara arwah mak...serta berjumpa saudara mara yang memang dah lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaa xjumpa. Seronok sangat sebab kak ham dan abang-abang serta keluarga masing-masing dan abah kak ham pun sama-sama berkonvoi, teramatla seronok, bukan mudah bagi kami semua dapat peluang sebegini....saat-saat yang paling manis...dapat berkumpul beramai-ramai:). Gambar-gambar nanti akan diuploadkan.

Sebenarnya nak update lauk dinner kak ham malam tadi, tapi terbabas cerita percutian kak ham pulak ya...
 Daging Bersos Lada Hitam

Dah kering idea daging nak masak apa, kebetulan sos lada hitam utk makan dengan lamb chop masa open house raya kat rumah adik ipar ada lagi dalam peti ais..hentam je labu......daging tu rebus sampai lembut..tumiskan bawang putih dan halia sampai wangi...masukkan daging dan sos lada hitam...kemudian masukkan sayur mayur (kacang buncis, karot dan bawang besar serta daun bawang)..siap..boleh ngap dengan nasi putih...(note: tak payah garam dah...sebab sos lada hitam tu dah siap garam bagai.)
There was an error in this gadget