Thursday, November 25, 2010

Baiknya.....

Hai..dah makan tengahari ke? Makan apa tengahari ni.....? Kak ham makan nasi ayam Restoran Jaring.....teramatla sedap.....terutama supnya...wallaaaaaaa weiiiii...

Dalam pukul 11.40an pagi tadi, kak ham pergi klinik....sebab xtahan dah sakit tekak teramat sangat...serupa mau nangis....sedihkan.... sampai budak-budak kat ofis simpati terharu gilaaa  tengok keadaan kak ham.....alhamdulillah ada jugak yang menyimpati dengan kesihatan aaaakak ni...terharunya....

Dah merapu aaahkak ha....tapi yang ini betul punya..seyes tau...masa dalam bilik doktor tu kak ham cakaplah tekak sakit...hidung berair (running nose)..siap doktor tu buat joke..ur nose lari ke mana????...dush dush dush tumbuk doktor tu....pastukan...ayat tak boleh tahan....doktor tu cakap...saya bagi awak mc ya..tapikan kak ham cakap xpayah doktor...saya nak ubat je...supaya malam nanti saya boleh tido terus nyenyak...doktor tanya kenapa awak xnak mc...saya banyak mengulat kerja  doktor....ha...baik la namanya kan....memang BAIK......kalau xkerana banyak kerja kak ham mintak mc seminggu....gileessss mc seminggu...ada ke doktor nak bagi...
Ambik..sebeban ubat-ubatan....

Pulangkan.............. ::~_~::

Salam di pagi Khamis...sekejap je hari berlalu..minggu berganti...dah nak penghujung bulan November..menjelma pula bulan Disember dan datang pula tahun 2011...adakah kita semua  akan sempat menyambut kedatangan tahun 2011?

Apa kena mengena cite di atas tu dengan tajuk ya....nampaknya batuk dan sakit tekak kak ham menjadi-jadi ni...sehingga ke hari ini, suara kak ham dah jadi suara itek serati....huhuhu...tak suka...tak suka...tak suka..........:(

Jadi kak ham merayu kepada suaraku kembalilah kepada ku......sape-sape yang dah terambil suara kak ham...sila la pulangkan.....pulangkan laaaaaa.........
Gambar ambil dari en.google, tq

Ok..itu je merepek kak ham di pagi ini...nak sambung buat keje..Jumaat depan nak cuti..nak gi jenjalan dengan keluarga tercinta....

Wednesday, November 24, 2010

Nikmatnyaaa....(______________)

Nak tanya kat semua ni...dah lunch ke? Kak ham lunch dengan air limau kasturi suam....nikmatnyaaa...sedapppp....nyaman....;P

Ok la..boss beso dah masuk...nak sambung keje balik.....depan boss kena berlakun rajin kaw2...tahun depan boleh dapat kenaikan 200% ko...

Kena Selesaikan Hari Ini Jugak Tau.........

Ok.......nak cite pasay tugas kak ham kat ofis hari ni.......layan je kak ham yang merepek2 di tengahari ni..

Dah...itu je...pegi buat keje masing-masing....

Spaghetti Kabo Lalalalaaaaaaa

Assalamualaikum semua murid-murid..........dah sarapan ke belum? Cikgu Ham xsarapan apa2pun..minum air panas kosong je sebab batuk menjadi2...hingus asyik meleleh je....tensennnn....huhuhu....:(

Di pagi Rabu ni..cikgu ham nak kongsi menu yang dimasak untuk makan-makan ngan anak-anak ketika seleberet besday anak teruna cikgu tu....pssstt..xhabis lagi cite besday anak dia ekk..macam la dia sorang ada anak...bla bla bla bla bla.....;P

Menu ni dimasak tiga malam berturut-turut di atas permintaan ramai.....kira carta hits la...pssttt menyampahnya..siap nak puji2 lagi tu...mcm la orang lain xtau masak....bla bla bla bla...

Dah la tu...bebel.....guru beso...guru penolong kanan...guru displin.....guru hal ehwal murid.....pembantu am...jurutaip....kerani makmal...kerani akaun...PA boss....semuanya dah panggil cikgu.....ok jumpa lagi bila-bila cikgu free ya....

Tuesday, November 23, 2010

Kek Cekelat....

Nak kabo kat semua orang..kak ham wat cekelat ni tuk besday boy (anak kak ham si Amirul) sehari sebelum raya haji ari tu...tp celebereknya hari Khamis malam...omak ee tumbang masa hari raya haji..demam..bila dah kebah skit...celeberek la ngan anak2 semua dan dua orang kawan baik Amirul (si Alif AF tu dgn si Along (Abd Rahim)....gambo-gambonya kena cari dulu kat hp anak-anak...tapi yang ada dalam hp kak ham hanya gambo ni je...

Kak ham guna resepi adik manis kat Bukit Antarabangsa tu......dayangjack.blogspot.com kek coklat tanpa telur II, memang sedap dan lembab texturenya..terima kasih adik manis dj. Jangan ditanya ya..dah habis...buat tiga adunan tp bakar dlm dua loyang..langsai...

Kue Teow Sup

Salam ditengahari Selasa....n3 kak ham hari ini Kue Teow Sup untuk dinner kak ham malam tadi...jangan tanya resepi ya...main campak-campak je apa yang ada dalam peti sejuk tu...tumis dengan kuantiti minyak yang amat sedikit...rasanya resepi kawan-kawan sekelian lagi mabeleskan...

Buatnya pun bukan banyak sangat....yang sebenarnya kuah supnya untuk atiah makan dengan nasi tapi nampaknya orang yang sihat pulak yang lebih-lebih makannya...biasalakan benda sedikit memang menjadi rebutan....dan begitulah disebaliknya...

Sup Kue Teow

Monday, November 22, 2010

Pisang Dan Hati......(~_~)

 Gambar: Kredit utk en google di atas kedua gambar

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.
Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam.
Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk.
Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam.
Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.
Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci…!

Gloomy Monday....(:~

Empat pakej siap...Demam + Batuk + Sakit Tekak + Selsema + Paling besar, buat silap paling bodoh sampai aku frust tertonggeng tonggeng.....pemakanan harus dijaga takut nanti lagi melarat...so makan yang rebus je...no minyak..no goreng...

Termonyok skit di pagi Senin ni...Sedih pun tak guna.. apa pun rutin kena teruskan.. tak boleh biarkan jadi penghalang.. tapi kena jadikan ni penguat semangat..!

Peringatan buat diri sendiri....no - no - no.. jangan mengeluh.. tak baikk.. penghapus dosa tu.. uhuhu.. 
 

Monday, November 15, 2010

sEnYuM GeMbIrA...bEriTa GeMbIrA...

Salam di petang hari Isnin....kenapa kak ham senyum gembira....jawapannya....teeeeeeeettt tggu...kalau ada yang hendak tahu la..kena tggu masa dan ketikanya...kalau xde...xpe...rileks...setakat ini hanya my darling hb saja yang tahu...rilek bang...biar pecah diperut jangan pecah dimulut tau...tapi xpe..i know my darling hb very well....thank you bang...

Letak muka budak kecik je la...atiah pun xtau lagi kan..

Thursday, November 11, 2010

Cemburu Atau Iri Hati....

Cara terbaik hindari rasa sakit hati

SETIAP individu tentu pernah berasa cemburu. Tidak kiralah dalam konteks perhubungan cinta antara lelaki dan wanita, keluarga atau paling tidak iri hati ketika di bangku sekolah. Meniti alam dewasa, mungkin pernah antara kita merasa cemburu dengan teman sekerja atau tertanya-tanya mengapa dirinya lebih berjaya.
Sama ada rasa cemburu akhirnya mendorong diri kita menjadi insan lebih baik atau hanyut diselubungi perasaan negatif hingga membawa kepada hasad dengki, situasi sebegini dianggap lumrah kehidupan.
Rasa cemburu jika tidak dibendung lebih awal, lama kelamaan perasaan negatif yang bertunas di hati boleh meledak api emosi. Andai tidak dikawal, ia mampu mencetuskan perbalahan lebih besar. Ibarat gunung merapi yang menanti waktu untuk meletus, konflik cemburu boleh bertukar menjadi tragedi lebih dasyat.

Faktor iri hati itu jika diselidik, tiada tembok sempadannya. Sama ada antara lelaki bersama lelaki, perempuan dengan perempuan atau lelaki dengan wanita. Ada banyak sebab yang memungkinkan perasaan cemburu timbul.

Antara faktor cemburu termasuk melihat kejayaan orang lain; kebahagiaan yang mereka kecapi; kelebihan dari segi paras rupa; kenaikan pangkat; perhatian yang diberi melebihi diri sendiri dan tarikan lain yang membuatkan seseorang itu lebih menonjol.

Jika dikaji, tiada sebab untuk seseorang cemburu dengan kejayaan orang melainkan dirinya sendiri harus berusaha mengubah nasib. Jangan jadikan perasaan cemburu dan iri hati sebagai penghalang untuk terus mengejar kemajuan.

Tidak salah untuk berasa cemburu ke atas kejayaan individu lain asalkan perasaan itu diselangi dengan semangat baru untuk sama-sama beroleh kejayaan.

Apabila anda dirundung rasa cemburu, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah ketepikan perasaan hasad dengki yang boleh memakan diri. Sama ada dalam hubungan cinta ataupun konflik dengan rakan-rakan, pastikan anda sentiasa berfikiran positif menangani setiap isu mendatang.

Tarik nafas dalam-dalam kerana ia mampu memberi motivasi dan semangat baru untuk berdepan dengan pelbagai kemungkinan. Andai sudah redakan diri, apa kata minum air untuk memastikan diri tenang.

Jangan bangkitkan konflik, sebaliknya hindari daripada berdepan dengan individu yang anda tidak gemari. Jauhi mereka seketika bagi membolehkan anda mampu mengumpul kekuatan serta semangat baru dalam hidup.

Pilihan bersendiri seharusnya dimanfaatkan untuk berehat dan mencari sedikit ketenangan. Jika tidak mahu diri tersisih atau sunyi, sibukkanlah diri dengan bertemu sahabat lama untuk meredakan tekanan.

Dekatkan diri dengan Yang Maha Esa kerana itulah sumber kekuatan ketika berdepan situasi sukar.

Bagaimana mahu hentikan rasa cemburu


1. Ketahui punca
Tiada sebab cemburu jika kalau kita tidak tahu puncanya. Selidik mengapa anda cemburu hingga mencetuskan rasa tidak puas hati, tersinggung atau kecewa dengan orang sekeliling. Tentu ada sebab mengapa anda kecil hati.

2. Tarik nafas dalam-dalam
Jangan cepat melenting, sebaliknya fikir secara positif dengan menarik nafas dalam-dalam biarpun ketika berdepan dengan individu yang menyinggung hati anda. Cuba jadi individu profesional walaupun ketika berdepan dengan orang yang anda sudah jelak.

3. Menangis semahunya
Tidak salah mengekspresi diri dengan menangis. Pastikan anda tidak menangis di depan 'lawan', sebaiknya cari waktu terbaik untuk menyendiri atau bersama dengan orang yang anda percaya. Menangis sepenuh hati mampu meredakan tekanan.

4. Berfikiran positif
Buang jauh-jauh unsur negatif dalam diri, sebaliknya kembalikan aura positif. Cuba alih rasa cemburu dengan memikirkan benda yang baik-baik. Ibarat kata orang belajarlah memujuk diri.

5. Berhenti untuk membandingkan diri anda dengan orang lain
Alamat memang tidak akan habis cemburu jika sibuk membandingkan nasib anda dengan orang lain.

6. Jangan kecewa dengan diri sendiri
Setiap orang mempunyai kelemahan diri dan belajarlah mengakui tiada siapa yang sempurna. Positif dalam diri resipi untuk kurang berasa cemburu.

7. Percaya diri
Ketepikan rasa sakit hati, lantas percaya kepada bakat dan rezeki yang mendatang. Tidak perlu menjadi orang lain atau mempunyai perasaan hasad dengki yang akhirnya memakan diri.

8. Bekerja keras
Motivasi diri dengan berazam mengubah personaliti sedia ada. Ibarat menjadi lebih baik untuk hari esok berbanding hari ini. Tumpuan berikutnya untuk menjadi insan berkualiti yang menjadi rebutan semua orang. Akhir sekali, sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniakan rezeki dan kesihatan yang baik.

Oleh Fairuz Zaidanfairuzaidan@bharian.com.my
2010/11/06

Pukul Michael Jackson!!!!!!!!!!!


Bunyi tajuk.....suspen ya.....baca dulu seterusnya tuan-tuan dan puan-puan....

"Saya akan menghukum beliau dengan memukulnya menggunakan tali atau sesuatu apabila beliau melakukan sesuatu kesilapan," lapor The Sun yang memetik Joe, bapa Michael Jackson ketika ditemubual dalam rancangan The Oprah Winfrey Show

LONDON: Buat pertama kali, bapa kepada mendiang Raja Pop, Michael Jakcson mengakui beliau pernah memukul bintang legenda berkenaan. 

Joe yang pada awalnya mengelak untuk menceritakan mengenai hubungan beliau dengan Michael menceritakan, "Saya tidak rasa beliau takutkan saya.
 
"Beliau hanya takut jika melakukan sesuatu kesilapan dan saya akan menghukumnya tetapi bukan memukulnya. Saya tidak pernah memukulnya seperti yang pernah media cuba ceritakan," katanya.

Bagaimanapun beliau terpaksa mengaku apabila isterinya, Katherine, mencelah, "Baik kamu mengakui saja. Itu caranya orang kulit hitam membesarkan anak mereka."
Sementara itu, Katherine mendedahkan bahawa anak lelakinya itu memang ketagih untuk melakukan pembedahan plastik.

Melalui temubual yang sama juga, Katherine berkata beliau pernah meminta pakar bedah anak lelakinya itu supaya sekadar berpura-pura melakukan pembedahan ke atas hidung penyanyi terbabit jika diminta melakukan pembedahan lagi, lapor Telegraph.

Katherine berkata anak lelaki itu mendapati dirinya buruk ketika zaman remaja dan kemudian mengambil keputusan untuk membuat pembedahan hidung.

"Katanya beliau bercakap sendiri dengan pakar bedah itu kerana mendapati hidung MJ semakin mengecil berikutan pembedahan yang berulang kali dan pernah satu ketika ia kelihatan seperti satu penyungkil gigi." – Agensi

Hangusss...........

Weeiiii...sedapnya pekena kerabu mangga ni..gandingkan dengan masak asam rebus ikan....nasi panas-panas gitu...amboiiiii kombinasi yang teramat sesuwaaaaaaaaaiiiiiiiiiiiiiii. nok.....siap bertambah-tambah nasinya....laki bini makan nasi seperiuk xhingat doniaaaaaaaaa ko...balun bang...balun yang...makan kenyang-kenyang....si budak kenit atiah pun sama..nga nga je mulut dia...lapo ko nak.....

Amboi nak cite pasal kerabu mangga je.....tapi meleret-leret citenya tentang pelahapnya kak ham makan ya...atenya baik teman cite pasal keburukan teman daripada teman mencite keburukan orang lain....buat berdosa je...jenuh nti teman nak mencari orang yang teman mengumpat nak minta ampun..minta maaf sebab mengumpat.....idakle..dosa teman yang ada pun tidak tertanggung.....meleret lagi...adooiiiiiiii mau kena pelempang pulak..dosh dosh dosh...tapi teman sentiasa memaafkan sesiapa saja setiap saat dan waktu....moh kita nyanyi lagu si rahmat ni...kome kenay ke rahmat ni...kalo xkena pegi cari kat google ya...dulu handsome...sekarang ni kureengg la handsomenya sebab dah berumur...tpkan cik abg teman maintain handsome...betulkan bang.....abang gelak tu control2 skit tau...senyum melirik xpe...

Buat kerabu mangga ni hari ahad lepas tapi kacang tanahnya terlebih dos kepanasan...udahnya terhangus skit..lantak la.....nak masuk perut jugak kan.....resepi hentam je labu...
eehhh..silap...terenterprem gambo mok cik..maaf ya..
Baru la betul...Kerabu Mangga...

Wednesday, November 10, 2010

Mengandung?????

Bermula ngan morning sickness...part morning sickness ni yang xboleh tahan ni kan....aduhaiiiiiiiiii....inilah yang paling ditakuti oleh para wanita....mulalah nak mc je..malas nak pegi keje...nak tido je...bestttttttnya bau bantalkan....tapi xboleh tengok cahaya matahari...menciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii tau.....

Alamak bentuk badan pun mula berubah bila masuk bulan ke 3....nak kena cari baju maternity....tp mood belum ada lagi waktu ni...tggu dah 5 bulan baru seronokkan......mula la berdebar-deba meneka jantina baby kat dalam perut ni....mula berselera nak makan....
Amboiiiiiiiiiiiiiii...mesti semua menunggu jawapan kak ham kan....???

Merah Menyala

Nak tengok dah...mak cik ni calit gincu merah menyala ko...sambil berposing seksi tanpa seurat benang pun ala diva ha...bawak2 la bertaubat mak cik ooii....malu le kat anak-anak mak cik tu...rasanya pak cik pun terkujut nanti ni....malu pulak rasanya kat mak cik ni....adeeiiiiiiiii.............tak sampai hati rasanya nak buka keaiban mak cik ni...tapi apakan daya terpaksa jua....tolong jangan contohi mak cik ni tau.....janji ya...kalo ikut jugak...lu pk la sendiri eekk...
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
Apa macam.....ok ke? Sebelum kak ham kena cepuk.....baik kak ham cabutttttt......lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....

Kek Gula Hangus

Pssstt...meh la dekat skit.....kak ham nak bisik ni...tak boleh cakap kuat-kuat tau..nanti dikatakan riak pulak.....percubaan kak ham membuat Kek Gula Hangus berjaya....setelah meredah blog-blog yang dok menayang hasil menjayakan Kek Gula Hangus....

Alhamdulillah...menjadi ha...hari Jumaat (Deepavali) tu kak ham buat satu adunan...habis kene bedal..licin..kemudian hari Ahad tu buat lagi satu setengah adunan..tamakkk ko.....

Oh ya..kak ham guna resepi Ayu@Singapore tu yang baru sangat kak ham kenal tu..suka pergi blog dia..tengok makanan dia mengancam....tq so much my dear Ayu.....
Pandangan Dekat Kek Gula Hangus..ngeh ngeh ngeh...

Tuesday, November 9, 2010

Opppsssssssss...............Maaf Ya (*_*)

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
Oppsssssssss....
^
^
^
^
^
^
^
^
Maaf ya......

Sebenarnya banyak cite yang hendak dikongsikan, tapi kena siapkan kerja-kerja kat ofis dulu..layan dulu gambar budak kenit ni ya....

Thursday, November 4, 2010

Namun Ku Punya Hati


Sekadar berkongsi.....kak ham dapat  email....Luahan perasan antara kita semua sebagai hamba ALLAH.......tidak ada yang sempurna antara kita semua hanya DIA sahaja yang mengetahui....

Tiada siapa yang meminta dilahirkan cacat pendengaran, penglihatan, keupayaan bergerak dan banyak lagi. Jika diberi pilihan, sudah pasti mereka yang bergelar Orang Kurang Upaya ini akan memilih kehidupan seperti orang kebanyakkan. Namun, hidup sebagai seorang OKU bukanlah suatu pilihan, kerana ia adalah realiti yang terpaksa ditempuh sebagai ujian kepada mereka dan kita yang cukup lengkap.

Nahkoda Zaman menyingkap diari kehidupan seorang pemgemis yang berniaga di sebuah stesen Putra Aliran Kelana Jaya. Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa dikatakan pengemis yang berniaga. Jujurnya, saya juga keliru dengan istilah mana yang hendak digunakan dalam artikel ini. Ironinya, ia hampir sama.

En. Abu (bukan nama sebenar) merupakan seorang OKU yang lumpuh, tidak dapat bergerak tanpa menggunakan kerusi roda. Tangannya sedikit kecil atau lebih tepat kurang sifat. Beliau tinggal di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Ibu dan ayahnya telah meninggal dunia, manakala abangnya telah berkahwin. Tidak banyak dibantu abangnya. Dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan, En. Abu memegang kata-kata akhir ibunya, jangan meminta sedekah.

Sekali pandang kelihatan seperti seorang pengemis. Siapa sangka manusia yang kita anggap sebagai seorang pengemis ini sebenarnya seorang yang berjiwa besar, tidak mahu dipandang rendah oleh masyarakat. Untuk mencari rezeki, beliau berusaha mendapatkan rezeki yang halal dengan menjual kerepek yang harganya RM 1.00 sebungkus. Dengan jiwa kental, beliau tidak jemu dan jenuh mempromosi kerepeknya. Tidak mahu ehsan duit belas kasihan.

Jiwa kental ini membuatkan Nahkoda Zaman mempunyai perasaan bercampur-campur. Terharu, bangga, malu, dan sebagainya. Siapakah kita hendak dibandingkan dengan peniaga kurang upaya yang kita anggap pengemis ini?

Lokasi: Stesen LRT Masjid Jamek
Masa: 5.00 petang

Aizah...Happy Birthday Dear....

Salam di pagi Khamis (4 November 2010).......juga merupakan hari lahir Aizah anak dara kepada Puan Noorhodza (seriku.blogspot.com) dan kak ham juga dah mengenali Nor dan anak daranya Aizah secara realiti beberapa bulan yang lalu...kak ham suka tengok wajah Aizah ni...manja je dan memamg mesra...

Aizah Sayang ....Happy Birthday Dear....

Wednesday, November 3, 2010

Emm...Sombongla

Ketika kami menikmati makan malam petang semalam, watak utama Atiah dan abah dia, kak ham hanya sebagai watak pembantu je......

Atiah    :    Eeee...ayam goreng la...nak nak....

Abah    :   Nanti dulu...ayam goreng tu panas..

Atiah    :   Mak..mak....sambil mengajak berbisik kat telinga....abah ni sombong la....

Abah    :   sambil cubitkan isi ayam goreng dan suapkan ke mulut Atiah....

Atiah    :   sedapnya....maaf...i'm sorry....

Jadi silalah buat andaian....


M U T I A R A

Gambar ehsan dari en.google

Kenapa kak ham letak gambar MUTIARA ya...sebenarnya nak kongsi ilmu mengenai DOA..jadilah 
 
MUTIARA DOA

DOA apabila melihat s­esuatu yang menakutkan
"AKU berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaan-Nya, ­kejahatan hamba-Nya, daripada hasutan syaitan dan daripada kedatangan mereka kepada-Ku."

DOA untuk mengelak ­daripada bahaya
"APA yang dikehendaki Allah tetap berlaku, tiada daya ­upaya melainkan dengan kuasa Allah."

DOA apabila ditimpa kemalangan termasuk kematian
"SESUNGGUHNYA kami adalah bagi Allah dan kami sekalian akan kembali kepada-Nya."

DOA memohon akhlak yang baik
"YA Allah, seperti Engkau mencantikkan kejadianku, maka perbaiki pula akhlakku."

DOA apabila terganggu dan terkejut ketika tidur atau rasa kesepian "AKU memohon ­perlindu­ngan dengan kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaan-Nya, azab-Nya, daripada kejahatan hamba-Nya, ­daripada hasutan syaitan dan daripada syaitan ­mendekatiku."

DOA ketika rasa takut atau terkejut
"AKU berlindung diri dengan kalimah Allah yang sempurna daripada kemarahan-Nya, seksaan-Nya, daripada kejahatan hamba-Nya, daripada gurisan syaitan dan daripada kehadiran mereka itu."

DOA ketika sukar menyelesaikan sesuatu urusan
"Wahai Tuhanku, tidak ada yang mudah melainkan yang Engkau jadikannya mudah dan Engkau menghapuskan dukacita dengan mudah jika Engkau kehendaki".


DOA apabila dalam keadaan kesusahan atau penderitaan

"ALLAH Dialah Allah Tuhanku, aku tidak menyekutui-Nya dengan sesuatu pun. Tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Engkau jua. Maha Suci Engkau sesungguhnya aku adalah orang yang menzalimi diri sendiri."

DOA apabila melihat ­sesuatu yang disukai
"SEGALA puji bagi Allah, yang dengan nikmat-Nya sempurnalah segala amalan yang baik."

DOA taubat
"WAHAI Tuhanku, maafkan aku kerana sesungguhnya Engkau Tuhan yang Maha Pemaaf dan yang mempunyai Kemuliaan."

DOA mohon ketetapan iman

"WAHAI Tuhanku, berikanlah kepadaku iman yang kuat dan keyakinan yang tidak lagi di pengaruhi kekufuran dan berikanlah kepadaku rahmat yang dengan dia aku mencapai kemuliaan dari kemuliaan-Mu di dunia dan akhirat."

DOA mohon perlindungan daripada kerunsingan
"YA Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu ­daripada kerunsingan dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan penakut dan bakhil dan aku berlindung kepada-Mu daripada belenggu hutang dan tekanan orang."

Doa memohon ­perlindungan daripada ­kejahatan semua makhluk
"Ya Allah, Tuhan kami. ­Engkau Tuhan, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Engkau. Kepada Engkau kami bertawakal dan Engkaulah Tuhan Arasy Yang Maha Besar.

Sesuatu yang dikehendaki Allah pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki Allah pasti tidak akan berlaku. Tiada daya upaya dan tiada sebarang kekuatan yang dapat menjaya dan menggagalkan sesuatu melainkan dengan keizinan Allah Yang Maha ­Tinggi lagi Maha Besar. Kami mengetahui sesungguhnya Allah atas tiap-tiap sesuatu amat berkuasa. Dan sesung­guhnya Allah meliputi pe­ngetahuannya pada tiap-tiap sesuatu.

Ya Allah. Tuhan kami. Sesungguhnya kami memohon berlindung dengan Engkau daripada kejahatan dan keburukan pada diri kami dan daripada kejahatan tiap-tiap makhluk yang melata (jin, syaitan, binatang dan manusia). Engkaulah yang mengawasi ubun-ubunnya (segala gerak geri). Sesung­guhnya Tuhan kami di atas jalan yang benar.
Dan cucurilah rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad s.a.w dan atas keluarganya serta sahabat-sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam."

(Amalkan membaca doa ini selalu, jika tiada kesempatan pun, seumur hidup. Insya-Allah akan terhindar daripada penyakit berbahaya. Menurut riwayat, doa ini menjadi amalan Abi Darda, seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w yang didapatinya daripada baginda).

Doa memohon akhlak ­terbaik dan rezeki yang berkat

"Ya Allah, semoga ­Engkau berkenan ­melimpahkan ­kesejahteraan ke atas ­penghulu kami Nabi ­Muhammad s.a.w dan selawat yang dapat ­melapangkan ­rezeki bagi kami dan­ ­menjadikan baiknya akhlak kami dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan sahabat-sahabatnya
serta berikanlah keselamatan
."


Doa untuk memudahkan sebarang urusan

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki."

Doa mohon perlindungan daripada kerunsingan

"Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu ­daripada kerunsingan dan dukacita, aku ­berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan, aku ­berlindung kepada-Mu daripada perasaan penakut dan bakhil dan aku berlindung kepada-Mu daripada belenggu hutang dan tekanan orang."

Doa ketika sesuatu ­penyakit merebak

"Aku berlindung membenteng diri kepada nama Tuhan yang mempunyai kemuliaan dan kekuatan, aku berpegang teguh pada Tuhan yang me­ng­uasai alam nyata dan alam ghaib, aku bertawakal kepada Tuhan yang hidup dan yang tidak mati selama-lamanya. Semoga kiranya Engkau ­hindarkan kami Ya Allah daripada bala dan wabak. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
 

Tuesday, November 2, 2010

C.I.N.T.A

Sekadar berkongsi info/cerita dari email yang kak ham pagi ni...:)
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^

Ada seorang wanita buta. Semua orang membenci dia, kecuali kekasihnya. Wanita itu selalu berkata, “Saya akan menikahimu saat saya bisa melihat.” Suatu hari, ada orang mendermakan mata kepada wanita itu. Akhirnya wanita itu dapat melihat.

Dengan segera, dia pergi menemui kekasihnya. Tetapi, ketika dia melihat kekasihnya, dia merasa sungguh terkejut karena kekasihnya juga buta.

Kekasihnya bertanya, “Sudikah kamu menikah denganku sekarang?” Tanpa sebuah alasan, wanita itu menolak. Kekasihnyapun tersenyum dan berlalu pergi sambil berkata. “Tolong jaga mata saya baik-baik…”
There was an error in this gadget