Monday, December 20, 2010

Hindari Kemarahan....

 Salam sejahtera di pagi Isnin....sekadar berkongsi info...untuk semua yang disayangi...
 
Anda sakit hati, tidak berpuas hati, bengang dan marah pada seseorang?.
 
Jangan mengikut nafsu perasaan dan emosi anda. Sebab situasi begini tidak akan dapat membantu apa-apa. Cuma akan merumitkan lagi. Hati akan bertambah sakit dan ada orang yang akan terluka dengan sikap kita. Jadi kawallah perasaan begini walau pun amat sukar sebenarnya.

Sikap marah adalah salah satu dari sikap-sikap negatif. Apabila kita suka marah-marah, berarti kita lebih banyak terdorong pada kenegatifan, fikiran kita negatif, kata-kata negatif walau pun kata-kata dalam hati. Bentuk diri supaya dapat mengawal kemarahan, marah adalah se-bahagian daripada diri  kita kerana marah itu adalah emosi kita. Biar kita mengawal marah dan bukan marah yang mengawal diri kita dan menukarkan diri kita seperti singa atau harimau garang.
 
Dalam  situasi begini pelbagai perkara akan terjadi sama ada akan tertonjol tentang aib orang lain atau diri kita sendiri yang mana tiada memberi apa-apa faedah, tapi yang jelas berkesan pada orang lain yang dapat menyaksikan siapa diri kita yang sebenarnya.
 
Marah sifat api yang menjadi pembinasa sebab api memakan semua yang dibakar olehnya. Juga dengan sifat pemarah akan membakar persahabatan, perhubungan adik beradik dan perhubungan cinta lalu menjadikan tidak bermakna lagi. Orang juga akan membenci dan takut untuk berkawan dengan sipemarah.
 
Ingatlah sifat pemarah itu merosakan iman, bagai barang yang pahit merosak madu. Apabila menahan marah akan beroleh kebijaksanaan. Kemarahan adalah terlalu buruk kiranya kita lepaskan pada orang lain, juga adalah kunci segala keburukan.

Marah adalah salah satu sifat mazmumah yang harus di jauhi supaya kita tidak termasuk dikalangan orang yang memiliki sifat tercela. Siapa yang tidak dapat kawal marah sebenarnya ia sedang dikuasai oleh hawa nafsu.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
" Tidaklah seseorang dikatakan pemberani dan kuat kerana cepat meluapkan amarahnya, tetapi seseorang dikatakan pemberani dan dan kuat kalau mampu menguasai diri dan nafsunya ketika marah."

Dari Abu Hurairah r,a, bahawasanya seseorang berkata kepada Nabi s.a.w,.  "Berilah aku wasiat?," Nabi s.a.w bersabda: "Janganlah engkau marah." Orang tersebut mengulangi permintaannya hingga beberapa kali, sedang Nabi s.a.w. bersabda "Janganlah engkau marah."
(Hadis Riwayat. Bukhari).

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget