Thursday, November 11, 2010

Pukul Michael Jackson!!!!!!!!!!!


Bunyi tajuk.....suspen ya.....baca dulu seterusnya tuan-tuan dan puan-puan....

"Saya akan menghukum beliau dengan memukulnya menggunakan tali atau sesuatu apabila beliau melakukan sesuatu kesilapan," lapor The Sun yang memetik Joe, bapa Michael Jackson ketika ditemubual dalam rancangan The Oprah Winfrey Show

LONDON: Buat pertama kali, bapa kepada mendiang Raja Pop, Michael Jakcson mengakui beliau pernah memukul bintang legenda berkenaan. 

Joe yang pada awalnya mengelak untuk menceritakan mengenai hubungan beliau dengan Michael menceritakan, "Saya tidak rasa beliau takutkan saya.
 
"Beliau hanya takut jika melakukan sesuatu kesilapan dan saya akan menghukumnya tetapi bukan memukulnya. Saya tidak pernah memukulnya seperti yang pernah media cuba ceritakan," katanya.

Bagaimanapun beliau terpaksa mengaku apabila isterinya, Katherine, mencelah, "Baik kamu mengakui saja. Itu caranya orang kulit hitam membesarkan anak mereka."
Sementara itu, Katherine mendedahkan bahawa anak lelakinya itu memang ketagih untuk melakukan pembedahan plastik.

Melalui temubual yang sama juga, Katherine berkata beliau pernah meminta pakar bedah anak lelakinya itu supaya sekadar berpura-pura melakukan pembedahan ke atas hidung penyanyi terbabit jika diminta melakukan pembedahan lagi, lapor Telegraph.

Katherine berkata anak lelaki itu mendapati dirinya buruk ketika zaman remaja dan kemudian mengambil keputusan untuk membuat pembedahan hidung.

"Katanya beliau bercakap sendiri dengan pakar bedah itu kerana mendapati hidung MJ semakin mengecil berikutan pembedahan yang berulang kali dan pernah satu ketika ia kelihatan seperti satu penyungkil gigi." – Agensi

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget