Monday, January 18, 2010

Berjumpa Maz_Bahrain di Subang Jaya

Salam....semalam hari Ahad, kak ham bersama kak intan berjumpa maz_bahrain di kediamannya di Subang Jaya. Seronoknya dapat berjumpa beliau, selama ni kami hanya berbual di ym atau telefon....sehinggalah semalam barula kak ham dapat bersua muka.

Masa memang mencemburui perjumpaan kami ini, sehingga tidak sedar hampir jam 7.00 petang baru kami nak balik. Maz siap minta kami tidur di rumah dia lagi...amboi maz...lepas ni kita berkampong di rumah lagi tau...lepak pulak di ruang dapor maz....kat ruang dapor pun bersantai....belum lagi kalau lepak di ruang tamunya yang tersergam indah tu.....seronok betul......

Terima kasih daun keladi ya maz...hidangan yang disediakan semua sedap-sedap belaka...siap ada bekal lagi untuk kami bawa pulang. Antaranya kuah lodeh/sambal daging, mee hon goreng, kuih seri muka, double cheese kek dan puding koktail....nyum nyum nyum.....
Puding Koktail


Maz...seronok layan anak-anak maz....alamak gambar terlupa nak ambil..gambar lain pulak yang diambil....

Akhir kata...insyaallah bila kak ham ada kelapangan....akan kak ham datang berkunjung lagi ke rumah maz tau...........kak intan apa macam..boleh ke?

3 comments:

  1. Wow besnya jumpa KakMAZ! Pls send my warmest regards to her, missed her alot.

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan

    Seronok dapat jumpa kawan2 apatah lagi dah lama berkenalan tapi cuma dialam maya.

    Sudilah singgah kerumah kak zai.
    mamasya.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. salam ham..bestkan jumpa maz ni..peramah cam kita..kita jugak kan..

    ReplyDelete

There was an error in this gadget