Wednesday, November 25, 2009

Maaf...

Salam semua......saya tidak sihat sejak beberapa hari ni.....nanti bila dah ok....baru cerita2 pasal n3...

Saturday, November 21, 2009

Jemputan Dinner........



Cerita pasal dinner...tgguuuuuuuuuuuuuuu

Friday, November 20, 2009

Projek Baik Punya...

Salam semua....projek baik punya malam tadi.......ni ha atas permintaan anak dara saya untuk jamuan di sekolah sempena meraikan cikgu kelas yang akan berpindah ke sekolah di daerah lain. Dan juga untuk dikongsi bersama-sama rakan sekelasnya.

Hasil keras tangan anak dara saya menghias Kek Coklat untuk Cikgu Arifin


Yang ini pulak dibuat dalam versi cc.....untuk dimakan bersama-sama rakan sekelas

Yang ini saya bawak ke ofis...untuk minum petang....

Semua di atas tu saya buat versi bakar....hasilnya..macam versi kukus jugak....mmg marbeles....

NOTE*  Hana @ Ina...terima kasih di atas informasi yg diberikan..

Teringin.....

Sesekali ku rasa teringin....teringin apa.......nak makan nasi ambeng....dapat merasa ni masa balik dari menziarah kematian di Bukit Badong, Ijok, Selangor.....hari Rabu (18 November 2009) ada Pasar Malam...apalagi macam-macam ada... .makanan orang Jawa....murah-murah pulak tu.....

Nasi Ambeng (RM5.00 sebungkus)
Nasi Putih, Ayam Goreng Berempah, Sambal Goreng, Serunding Kelapa, Hati Ayam Goreng, 

Pecal (RM1.50 sebungkus)

Satay Ayam (secucuk 30 sen)


Ada pelbagai2 lagi makanan saya beli.....xsempat ambil gambar dah kena ngap..

Thursday, November 19, 2009

Kek Coklat


Kek Coklat ni, saya buat minggu lepas untuk my sil yang mengadakan majlis makan-makan untuk keluarga dan juga kawan-kawannya.

Resepi Kek Coklat ni saya ambil dari MyR...Resepi Puan LilyDvalley....terima kasih lily....akak C&P resepinya disini ya....minta dihalalkan ya.....
BahanA
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula perang
1 cawan minyak masak (sy guna minyak jagung)
1 cawan susu segar (perisa coklat)
1/2 cawan susu pekat
(satukan bahan di atas dan dipanaskan dlm 5 minit)
Bahan B
3 biji telur (dipukul kembang)
Bahan C
1 1/4 cawan tepung gandum
1 st baking powder
1 st soda bikarbonat

Kemudian satukan kesemua bahan-bahan di atas dan masukkan ke dalam acuan yang dah disapukan dengan sedikit minyak. Tutup acuan dengan aluminium foil. Kukuskan selama 1 jam. Siap. Bila dah sejuk baru disapukan dengan ganache atau butter cream. Hiasalah mengikut kreativiti masing-masing.

Kek Coklat sebelum disolekkan

Wednesday, November 18, 2009

Nasi Goreng Pattaya

Jom makan.......sejak musim hujan ni.....makanan macam ni memang cepat laku....panas-panas terus ngap berebut-berebut ngan anak-anak.....:D

Nasi Goreng Pattaya.

Al-Fatihah

Al-fatihah untuk arwah dan salam takziah untuk Norazian Salaman (ofismate saya) dan keluarga di atas pemergian ibunda tercinta pada hari ini.

Jawab Tag dari Kak Intan................

Salam....selamat sejahtera semua pembaca blog saya... .ada ke yang sudi baca blog saya ni? Terperasan ke atau terperasaan!!!!!...tak kisahlah kan...janji happy................:D

Ok...hari ni nak menyiapkan tugasan yang diberikan...kesian kat kak intan.....kak intan maaf la lambat sikit nak jawab tag....harap kak intan faham ya....terima kasih lagi sekali utk kak intan......

1.ANDA RASA ANDA HOT?....
Tak de kot....sentiasa ceria....seperti sang suria memancar di siang hari.......


2.UPLOAD GAMBAR KEGEMARAN ANDA......

3.Tentang gambar satu dan gambar dua ni,

Mengenai gambar no. 1,  gambar anak-anak saya ketika kami bercuti di Kuantan awal bulan Mei 09 dan bagi saya mereka adalah segala-galanya dalam hidup saya....dan saya hanya mahukan yang terbaik utk mereka dan saya rela berkorban apa saja demi mereka.

Dan gambar no. 2 .........anak-anak as (New Zealand) mereka ni sentiasa bertanya khabar saya, boleh dikatakan setiap hari mereka menghubungi saya melalui ym......saya amat menghargai dan merasa diri ni disenangi dan disayangi walaupun kami belum pernah  berjumpa di alam nyata hanya melalui alam cyber dan saya berharap hubungan saya dan mereka akan berkekalan sehingga ke akhir hayat...amin

4. BILA KALI TERAKHIR MAKAN PIZZA?....
Kali terakhir makan pizza hari Khamis (12 Nov 09) lepas..Pizza Hut tau...


5. LAGU TERAKHIR YANG ANDA DENGAR....
Lagu Jamal Abdillah....Kemana Ku Bawa Hati Yang Rindu....layan cintannnn


6.APA YANG ANDA BUAT SELAIN MENYELESAIKAN TAG INI?....
Sambil-sambil tu menunggu boss dtg ofis....ada beberapa cek perlu ditandatangani sebelum beliau berangkat utk menunaikan haji.....


7.SELAIN NAMA SENDIRI ANDA DIPANGGIL NAMA APA?
Dikalangan keluarga saya....panggilan manja saya INTAN jugak.....


8. TAG LAGI 6 ORANG...
1. As (NURKASIH)
2. Dr Ina (INAHAR ALI)
3. Watie (WATIERMAN)
4. Ika (ARAH)
5. Maria Zaina (SALAMDARIBORNEO)
6. Atie (AZATIESAYANG)

9. SIAPAKAN ORANG NO.1 PADA ANDA....
Saya mengenali As melalui forum di MyR dan kami sentiasa berhubungan melalui ym...saya selalu kacau dia ketika waktu x banyak kerja dan sentiasa bercerita tentang keluarga...terumatanya hal anak-anak...dah JUGA sembang-sembang pasal masakan...ini kemestiaan...maklumla as ni bab memasak mmg saya tabik spring kat dia....akak puji betul-betul bukan bodek haa...


10. NO.3 ADA HUBUNGAN DENGAN SESIAPA?
Mengenlai Watie (org Penang) melalui blog....suka baca blog dan kacau dia...hari-hari  masuk blog dia....masakan dia memang mengancam...


11. KATA SESUATU MENGENAI ORANG NO5.
Maria ni seorang jururawat dan kini menetap di Kota Kinabalu....walaupun bekerja tetapi bab memasak memang hebat....


12. BAGAIMANA PULA ORANG NO.4?
Ika ni pun saya kenal melalui forum MyR....sekarang ni menetap di Bangkok mengikuti Ninjanya...rajin masak memasak dan suka juga kacau Ika ni...bab paling suka Ika ni kelakar tau


13.PESANAN KEPADA ORANG NO.6...
 
Selamat berblogging atie.....dan doa kak ham semoga kita dapat juga bertemua di alam nyata....insyaALLAH..


Ok...kak intan...dah siap homework yang akak bagi pada saya.....rasa bersalah sangat sebab mengambil masa yang lama nak siapkan. Jangan serik tau......sayang kak intan...nak sup ayam seperiuk boleh.....:D

Gambar kak intan dan hb (abg din)...ingat tak lagi gambar ni kat mana? InsyaALLAH tahun depan kita gather2 lagi tau......kita cari tempat yang lebih HOT lagi ekkk....

Tuesday, November 17, 2009

Akhirnya.....Termakbul Doa........

Hari ini Selasa (17 November 2009) selepas solat Maghrib.....my big boss kat ofis akan berangkat ke Mekah untuk menunaikan ibadah Haji. Doa kami semua semoga Puan Norliza mendapat Haji Mabrur...amin.


Gambar-gambar di atas adalah pada majlis doa selamat yang kami adakan di ofis pada hari Khamis (12 November 2009), di mana kami semua mengadakan solat hajat, solat jemaah asar dan bacaan yassin.

Semuanya mengalirkan air mata tanpa dipaksa kerana kesedihan Puan Norliza masih terasa atas pemergian ayahnya dalam tiga minggu yang lepas. Air mata kegembiraan juga kerana doa Puan Norliza Hashim utk menunaikan ibadah Haji termakbul kini.

Monday, November 16, 2009

Happy Birthday Muhammad Amirul Bin Jamaluddin



Photobucket

Happy Birthday To My Son.......Muhammad Amirul Jamaluddin.........16th November 2009

Satu-satunya anak lelaki saya dan merupakan anak yang ke2 dalam empat beradik 

kini telah berusia 15 tahun pada hari ini.

Happy Belated Birthday for Ashika

My Dear Ashika.....Happy Belated  Birthday to You....


May God Blessed You and Your Lovely Family and All Your Wish Will Come True....
Pink Cake Box Cake

Friday, November 13, 2009

Sekitar Kenduri Sambut Menantu...





Amboi...angah haussssss ke???













































































Bihun Goreng


Jom kita makan Bihun Goreng...alah Bihun Goreng campak-campak je.....janji kenyang.
Jangan malu-malu tau...buat macam rumah sendiri...

Air minuman pun ada tu.....pilih je Jus Epal atau Ice Lemon Tea......;;)



Thursday, November 12, 2009

Program Menanam Pokok

Pada hari  Ahad (8 Nov 2009) lepas, my ofis sama-sama menjayakan Program Menanam Pokok di Cyberjaya. My ofis membeli 41 anak pokok hutan dan setiap dari kami menanam pokok-pokok hutan tu seorang satu pokok. Bak kata my Puan MD...pokok adalah talian hayat dalam kehidupan kita.

Meh layan gambar-gambar pada sekitar program itu dan jugak gambar-gambar gedikkksss kita orang.


There was an error in this gadget