Thursday, December 24, 2009

Cuti

Salam di hari Rabu....hari ini kak ham cuti la....nak tau kenapa? Sebabnya nak bawak anak dara kak ham yang no.2 tu ke klinik. Dia mengadu sakit dada, pastu ketika nak mengunyah makanan gigi dia terasa sakit tapi gigi dia xde rosak atau berlubang...kemudiannya dia tidak datang haid sejak bulan Mei lepas.

Jadi pagi tadi dalam pukul 10.00pagi, kak ham pergi berdua je ngan asyikin, bila sampai je klinik nasib baik senang dapat parking kereta, pastu daftar kat kaunter nasib xramai orang, tak sampai 20 minit, kami dipanggil masuk ke bilik doktor.

 No. giliran 1083

Doktor pun menerangkan kenapa asyikin sakit dada....sebab dia kurang minum air kosong....asyik2 air ais atau air batu pastu minuman bergas.....padan muka dia...dah nasihat xnak dengar...siap doktor ceritakan macam tu detik2 kematian seseorang...itu baru 5% dari kesakitan kalau tiba saat kematian katanya. Doktor siap minta tolong...kalau awak degil jugak...duduk wad pun xguna..sakit dada tu tetap datang....ini adalah kerana saluran pernafasan kita dah tersumbat.

Kemudian doktor menerangkan kenapa sakit gigi tu adalah kerana hormon asyikin yang tidak menentu...jadinya asyikin dibekalkan ubat hormon untuk kembalikan haid dia supaya teratur.

Ubat-ubat untuk asyikin

Wah panjang berjela pulak cerita kak ham hari ini........

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget