Monday, October 26, 2009

Menziarah

Salam semua...hari ni nak cite pasal menziarah kawan saya masa kecil2 dulu, sama-sama bersekolah dari rendah hingga menengah sebelum beliau berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan haji bersama-sama suami dan ipar duainya...(maaf gambar dia xdpt nak tunjuk sebab di atas permintaan beliau). Yang ada gambar anak dia yang no.5 dan no.6 tapi yang no.5 tu pun xnampak sebab dia asyik melayan si atiah.


Saya ke rumah beliau pada hari Sabtu lepas (25hb Okt. 2009) di Bandar Sungai Buaya dengan membawa dua anak dara (kakak asyikin dan atiah). Kawan saya ni berangkat dari rumah ke Kelana Jaya pada hari Sabtu tu jam 5 petang dan penerbanganya pada pukul 1.00 pagi hari Ahad. Semasa beliau mengadakan kenduri doa selamat pada 18hb Oktober 2009 saya tidak dapat hadir. Memang saya dah berjanji ngan kawan-kawan lain untuk berjumpa pada hari tersebut cuma yang dapat hadir Suzana Wazir....kesian ana menunggu saya dan lain-lain.

Doa saya semoga Mie dan Mahmod selamat pergi dan sampai dan sentiasa di dalam lindunganNYA ketika mengerjakan ibadah semasa di sana....amin

2 comments:

  1. Moga sahabat Kak Ham suami isteri selamat pergi dan balik dengan Haji Mabrur....Amin!!

    ReplyDelete
  2. terima kasih watie di atas doa mu itu...mudah mudahan..amin

    ReplyDelete

There was an error in this gadget