Monday, October 26, 2009

Al-Fatihah




Hari Jumaat(23hb Oktober 2009) lepas....dalam pukul 5.00 pagi saya menerima panggilan telefon dari azziq (rakan pejabat) memaklumkan yang ayah kepada big boss kami telah menyahut panggilan illahi pada waktu 4.50 pagi di Hospital Assunta setelah menjalani pembedahan di kepala untuk membuang darah beku akibat dua kali jatuh di bilik air.

Dan pada hari Sabtu (24hb Oktober 2009) suami saya mendapat berita yang rakan sekerja nya semasa di JPP, DBKL meninggal dunia akibat sesak nafas di rumah beliau di Flat Sri Johor tetapi jenazah dibawa ke HKL untuk dibedah siasat. Arwah yang berusia 48 tahun telah meninggalkan isteri yang tercinta (kak Sal) dan empat orang anak yang masih kecil lagi.

Ya Allah Ya Tuhanku....sesungguhnya dariMU kami datang kepadaMU jua kami kembali

4 comments:

  1. Al Fatihah dan ucapan Takziah buat keluarga yang telah kehilangan orang yang tersayang...moga roh-roh mereka tenang dan dirahmatinya...Amin!

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah dan takziah utk keluarga2 Allahyarham. Moga roh2 mereka tenang disisiNya....Amin!

    ReplyDelete
  3. terima kasih watie dan ita...amin

    ReplyDelete

There was an error in this gadget